Friday, 19 November 2021

VANPA TECH portable power station repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'power station' atau juga dikenali sebagai power bank buatan China berjenama VANPA TECH seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

VANPA TECH power station

Menurut labelnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, ianya berkemampuan membekalkan kuasa elektrik AC sehingga 300w pada 220v/50Hz.

300w

Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah langsung tidak berfungsi apabila suisnya dihidupkan dan menurut pemilik, ianya gagal berfungsi setelah disambungkan kepada cerek elektrik. 

Untuk pengetahuan semua kuasa sesebuah cerek elektrik berbeza mengikut saiz dan kuasanya ialah di atas 1000w.

Setelah penutup dibuka...

Gambar di atas merupakan rupa didalamnya setelah penutup dibuka dan bekalan elektriknya ialah pada 24 biji bateri jenis18650 Li-ion.

Fius 40A putus...

Pemeriksaan pada papan litar cuma menemui sebiji fius dengan 'rating' 40A putus seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

Gantikan fius baharu...

Power bank ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi setelah fius 40A yang putus telah saya gantikan dengan yang baharu.

Skrin sudah menyala...

Kesimpulan kerosakkan 'power station' ini adalah disebabkan 'overload' ketika pemilik telah menyambungkan cerek elektrik kepadanya sebab kuasa maksima 'power station' ini cuma 300w.

AC output - 220vac

'Power station' ini dicas menggunakan adapter/charger dengan rating 12V, 5A seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Charger/Adapter - 12V, 5A

Selamat mencuba...

35 comments:

  1. Salam. Nak tanya, boleh ke battery dia ni di upgrade kepada yang lebih besar? Contoh nya 200ah deep cycle. Adakah akan merosak kan circuit board dalam sistem tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa tak boleh sebab 'charging system' bateri lithium dan deep cycle tak sama.

      Delete
  2. Macam mana kamu bukak yg Belah kiri tu tersangkut.. Belah cucuk soket tu. Dah buka 4 skru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak ingat lagi. Kalau tidak silap buka penutup bahagian bawah sahaja.

      Delete
    2. Cuma gam jer tu. Gamnya kuat. Kena tarik kuat sikit lg biar tanggal double sidednya tu.

      Delete
  3. Hi, saya ada sebuah Venpa Power Station. Masalah yang saya alami adalah output untuk 220V tiada. USB ok, lampu Led ok cuma 220V yang bermasalah. On 220V suis ada bunyi tidak berhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka dan periksa, masalah pada bahagian inverter

      Delete
  4. Adakah perlu sy cabut power soket dahulu sebelum install fius?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk keselamatan, elok cabut bekalan sebelum melakukan kerja baiki-membaiki.

      Delete
  5. Try ganti fius 40A tp tetap tripping..apa ya masalah dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tidak tahu masalahnya jika tidak diperiksa.

      Delete
  6. I am poknik from Tasik Puteri Rawang, where can i send my vanpa 220v Power stn for repair. My usb slot broken and the 220ac when ON got sound

    ReplyDelete
    Replies
    1. Get a local technician to assist you. I'm in Miri, Sarawak. Thanks for dropping by.

      Delete
  7. Hi Hecules, do you know where is the location overcharging fuse? I had connected my Vanpa 600W model to a 20A solar controller for charging. I was doing this for a few times without any issue until the last one I heard a 'pop' sound and some burning smells. The charger provided is 10V5A, could the failure due to the rating of the controller 20A? Is this controller 20A rating same as the charger rating 5A? TIA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, I've no idea on overcharging fuse. Make sure the voltage from controller same as the charger.

      Delete
    2. Thank you boss, no problem. I opened the covered and straight away saw the messes. It's the aluminium capacitor (4700 uF 16V low esr). I have notified Vanpa to check where i can fix the unit. Thanks,

      Delete
    3. It could be due to over voltage from solar controller. 12vdc is recommended.

      Delete
    4. nopted, thanks. will check.

      Delete
  8. Sy ada beli vps ni, tapi cas tak naik2..sbb apa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak bateri di dalamnya, jika sebiji bermasalah ianya akan gagal dicas. Buka dan periksa satu per satu, boleh cuba cas bateri yang bermasalah secara manual. Rujuk cara mengecas bateri lithium secara manual pada pautan di bawah.

      https://youtu.be/jXgk08Wmlbc

      Delete
  9. Hi I have same above issued .how much u going to charges for that services ?

    ReplyDelete
  10. Ada sesiapa di sini yg tahu di mana nak hantar periksa/ baiki inverter vanpa ini . Kedai mana di KL atau Selangor yg boleh baiki alat ini?

    ReplyDelete
  11. Vanpa sy bila fully charge dc V dia 12.6, cabut jer charger dia, trus drop dari 100% ke 86%. Voltage dc dia pun perlahan2 drop smpi 40% dia mati sndri. Sebab apa yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bateri rosak. Ada banyak bateri di dalamnya, mungkin sebiji dua rosak atau semua rosak. Buka & periksa satu-satu. Gantikan yang rosak atau gantikan semua bateri.

      Delete
  12. Encik ada service utk repair power station ni. Vanpa I pun tak masuk charge. Tq ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, kena hantar kepada saya jika perlukan khidmat baiki/servis. Lokasi saya di Miri, Sarawak.

      Delete
  13. Hi , boleh saya dapatkan contact number en untuk hantar repair vanpa power station saya?

    ReplyDelete
  14. hi,,vanpa saya bateri dispaly x menyala kenapa...ada sesiapa blh bantu

    ReplyDelete
  15. Apa kerosakan jika bateri tak masuk cas?

    ReplyDelete
  16. apa masalah kalau charge kosong trus naik 100% dlm masa 5saat tp bila cabut charge trus kosong

    ReplyDelete
  17. mana nak hantar area KL, contact no

    ReplyDelete
  18. Hi tuan, blh share contact anda saya ada mslh dgn power station vanpa..

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.