Thursday 18 November 2021

XD08-1310 AC-DC adapter repair

Hari ini saya kongsikan sebuah adapter buatan China yang sedikit cacat (manufacturing defect) dirujuk kepada saya beberapa hari yang lepas untuk dibaiki.

XD08-1310

Setelah dibuka serta diperiksa, fius utama 1A putus dan apa yang menarik perhatian saya ialah sebiji diod tidak dipasang seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Setelah dibuka...

Diod yang tidak dipasang tersebut berfungsi sebagai 'bridge rectifier' untuk menukar arus ulang alik kepada arus terus.

diode - 1N4007

Nombor rujukan ketiga-tiga diod yang ada pada papan litar ialah 1N4007 dan saya pasangkan sebiji lagi diod seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap...

Adapter ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah saya pasangkan sebiji lagi diod pada bahagian 'rectifier' dan gantikan fius 1A yang baharu.

13.86vdc...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.