Sunday 14 November 2021

Bersenam

Bersenam merupakan aktiviti yang penting dalam kehidupan harian kita agar kekal sihat serta aktif sepanjang hayat.

laluan berjogging sebelum dibangunkan...

Saya cuma mula bersenam ketika berjinak-jinak dengan sukan binabadan kira-kira 17 tahun yang lepas. Itu pun pada mulanya cuma berhajat untuk menurunkan berat badan sahaja sebab disuruh oleh doktor bagi mengelak daripada berakhir dengan mengidap penyakit diabetes atau kencing manis serta tekanan darah tinggi (hypertension) dan perlu mengambil ubat sepanjang hidup.

Jentera berat untuk kerja-kerja pembinaan...

Menurut pakar, setiap individu harus bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Ada pula yang kata harus bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi.

Pembinaan sistem perparitan...

Masalah yang sering dihadapi dan berakhir dengan tidak bersenam ialah lokasi yang sesuai dengan senaman masing-masing.

Sejak meninggalkan sukan binabadan 7 tahun yang lalu, saya cuma melakukan senaman dengan berjogging sahaja dihujung minggu serta sewaktu cuti umum.

Pembinaan sistem perparitan...

Lokasi saya berjogging pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini. Baru-baru ini, lokasi tempat saya berjogging selama ini telah berubah wajah serta dibangunkan sebagai tapak perumahan.

Air kolam takungan dipam keluar dan sebahagiannya ditambak...

Semua pokok-pokok telah ditebang dan sebahagian kolam juga telah ditambak untuk tapak pembinaan seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Saya yakin lokasi tersebut tidak lagi sesuai untuk berjogging tidak lama lagi dan perlu mencari lokasi baharu untuk berjogging atau perlu tukar kepada senaman yang lain...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.