Sehingga hari ini, boleh dikatakan majoriti orang dewasa di dunia telah diberikan suntikan vaksin CoVid-19 selain mereka yang ada masalah kesihatan, kanak-kanak serta golongan antivaksin.
Baru-baru ini ramai yang telah membuat pemeriksaan di makmal ujian darah untuk mengetahui keberkesanan vaksin yang disuntik kepada kita.
Saya telah mendapat suntikan pfizer pertama pada 28/5/2021 & suntikan ke-2 pada 11/6/2021. Saya juga telah membuat ujian darah baru-baru ini dan gambar di bawah adalah laporannya.
1403.5 AU/mL = 199.3 BAU/mL |
Menurut laporan di atas, jika bacaan di bawah 50 AU/mL bermaksud 'non reactive'. Bacaan yang saya dapat ialah 1403.5 AU/mL atau 199.3 BAU/mL.
Laporan di atas juga ada menyatakan bahawa jika bacaan mencecah atau lebih dari 840 AU/mL menunjukkan 'high titre of CoVid-19 convalescent plasma'.
minimum level of protection - 330 AU/mL |
Saya diberitahu oleh pihak makmal bahawa bacaan minimum untuk mendapatkan perlindungan ialah 330 AU/mL.
0.68 U/mL |
Untuk pengetahun semua, rakan saya yang diberi suntikan vaksin SINOVAC cuma mendapat bacaan 0.68 U/mL seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Unit yang digunakan sedikit berbeza dari laporan awal saya di atas.
Menurut nota pada laporannya, jika bacaan di bawah 0.8 U/mL bermaksud 'non reactive' atau tiada antibodi SARS-CoV-2 (CoVid-19).
Gambar di bawah merupakan bacaan dari ujian darah saya jika menggunakan unit yang sama seperti ujian rakan saya di atas.
4.95 U/mL(S/CO) = 1403.5 AU/mL = 199.3 BAU/ml |
Saya bukan pakar bidang berkaitan dengan perubatan serta ujian darah namun dari perbandingan ujian saya dan rakan saya di atas telah menjawab persolan kenapa penerima vaksin SINOVAC diutamakan sebagai penerima 'booster dose' atau dos penggalak baru-baru ini.
Penerima vaksin SINOVAC dibenarkan mengambil dos penggalak setelah 3 bulan dos ke-2 dan penerima vaksin prizer pula hanya dibenarkan mengambil dos penggalak setelah 6 bulan dos ke-2.
Di Sarawak, semua dos penggalak menggunakan vaksin pfizer. Kenapa? Saya pasti anda sudah ada jawapannya...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.