Monday 22 November 2021

EH-006CH foot massager repair

Semalam saya dirujuk sebuah alat mengurut kaki buatan China dengan masalah gagal dihidupkan.

Foot massager

Model 'foot massager' ini ialah EH-006CH dan mendapatkan bekalan elektrik dari transformer 9V.

Model: EH-006CH

Pemeriksaan awal pada transformer masih elok dan lampu merah boleh menyala namun panel indikator di bahagian atasnya tidak berfungsi.

Setelah penutup dibuka...

Gambar di bawah merupakan papan litar utama setelah dibuka dan pemeriksaan pada sebiji 'voltage regulator' yang dilabel L7805 menghasilkan output yang sangat rendah.

Buka PCB...

Fungsi 'voltage regulator' ialah untuk membekalkan arus elektrik 5v kepada papan litar dan gambar di bawah telah saya labelkan 'pinout'nya.

Voltage regulator - L7805CV

Biasanya bekalan input lebih tinggi daripada 5v dan outputnya tidak boleh lebih daripada 5v.

Input - 11.27V

Cara memeriksanya ialah dengan membekalkan arus elektrik kepadanya dan ukur voltan dengan menggunakan multimeter.

Output - 1.277v

Ketika diperiksa, bacaan input ialah 11.27v namun bacaan outputnya sangat rendah seperti boleh dilihat pada gambar di atas iaitu cuma 1.277v sahaja.

Gantikan voltage regulator baharu...

Setelah 'voltage regulator' ditukar dan diperiksa semula, bacaan voltan output kini 4.994v dan panel indikator telah menyala seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Output - 5v

'Foot massager' ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah dengan hanya menukarkan sebiji 'voltage regulator' sahaja.

Tested - ok

Untuk pengetahuan semua, 'foot massager' ini tidak mengurut tapak kaki secara fizikal. Ia menggunakan arus elektrik dengan frekuensi yang berbeza-beza dialirkan kepada kedua-dua kaki.

Kita akan merasa seperti renjatan elektrik pada bahagian tapak kaki dan ianya mampu mengerakkan otot kaki seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.