Sunday, 7 November 2021

eGUMIS - unclaimed money

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara-cara menyemak wang yang tidak dituntut (unclaimed money) milik kita (jika ada) di Jabatan akauntan negara dan anda boleh rujuk di sini.

Semak...

Bulan lepas pada 12/10/2021 saya telah membuat permohonan tuntutan wang yang saya ada di jabatan akauntan negara melalui atas talian yang diberi nama eGUMIS di sini.

Isi maklumat penerima...

Sebelum membuat pemeriksaan, kita perlu membuat pendaftaran dahulu di sini, lepas itu log masuk (login) dan membuat pemeriksaan dengan memasukkan nombor kad pengenalan.

Pastikan maklumat betul...

Untuk pengetahuan semua, kita cuma dibenarkan membuat dua kali pencarian sahaja sehari.

Siap...

Permohonan tuntutan juga harus dibuat secara atas talian dengan mengisi serta melampirkan dokumen yang diminta iaitu:-

  1. salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  2. salinan penyata akaun yang aktif untuk proses pembayaran

Permohonan berjaya - 12/10/2021

Tuntutan saya telah berjaya diterima pada 03/11/2021 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Terima bayaran pada 03/11/2021

 Selamat menuntut hak anda...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.