Tuesday 9 November 2021

WB40M Stainless Steel Electric Water Boiler repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'water boiler' yang hampir serupa seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

WB40M water boiller

Masalah 'water boiler' ini ketika dirujuk kepada saya ialah langsung tidak berfungsi apabila arus elektrik dibekalkan.

Model: WB40M

Pemeriksaan menyeluruh telah saya lakukan dan menemui kerosakkan pada 'thermal switch' dan thermostat seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Setelah penutup bawah dibuka...

'Rating thermal switch' yang digunakan ialah 125°C, 16A dan ianya jelas dilabel padanya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

thermal switch - 125°C

Masalah thermostat pula ialah tidak padam setelah air telah mendidih dan menyebabkan 'thermal switch' putus.

Setelah thermostat di buka...

Thermostat ini boleh ditentukur (calibrate) dan caranya telah saya terangkan pada klip video di bawah.

Sebelum thermostat tersebut saya 'calibrate', ianya sentiasa ada keterusan (continuity) walaupun saya laras ke sebelah kiri atau sebelah kanan.

Laras skru untuk 'calibrate'...

Cara 'calibrate' thermostat ialah:-

  1. laraskan thermostat ke sebelah kiri (arah lawan jam) dan tentukan lokasi minimanya serta labelkan lokasinya
  2. laraskan thermostat ke sebelah kanan sehingga suhu bilik pada bahagian yang telah dilabelkan di atas
  3. laraskan skru yang saya labelkan 'calibrate' pada gambar di atas sehingga bunyi 'tik' kedengaran
Siap...

Setelah thermostat telah ditentukur (calibrate), uji 'water boiler' dan pastikan thermostat akan putuskan bekalan elektrik apabila air telah mendidih iaitu pada 100°C.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.