Hari ini saya kongsikan sebuah loceng pintu tanpa wayar (wireless) berjenama LEMAX, model: DB913-1 yang dirujuk kepada saya untuk dibaiki.
LEMAX DB913-1 |
Masalah ketika dirujuk kepada saya ialah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah iaitu suaranya tidak jelas seperti kehabisan bateri pada radio transistor zaman 80an/90an.
Loceng pintu ini tidak menggunakan kuasa bateri dan dipasang terus ke soket rumah untuk mendapatkan bekalan elektrik.
Setelah penutup dibuka... |
Gambar di atas menunjukkan bahagian atas papan litar dan tidak banyak komponen yang perlu diperiksa. Pemeriksaan awal mendapati sebiji kapasitor seramik yang dilabel 105J (1uF, +/-5%, 400v) rosak.
105 = 1uF (bacaan cuma 284nF) |
Bacaan nilai kapasitor tersebut cuma 284nF sahaja dan bukan 1uF seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Siap... |
Loceng pintu ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan setelah kapasitor seramik ditukar serta diuji seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.