Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'universal player' yang digunakan pada kereta perodua berjenama Clif Design, model CD-6950ML meminta untuk dibaiki.
Clif Design CD-6950ML |
Masalahnya ialah tidak berfungsi walaupun telah dibekalkan 12vdc dan lampu 'power' juga tidak menyala ketika saya uji.
Model: CD-6950ML |
'Universal player' ini mempunyai fungsi bluetooth dan hanya boleh berfungsi pada telefon jenis android sahaja.
Setelah penutup dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui sebiji inductors telah hangus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Komponen rosak... |
Pemeriksaan menggunakan multimeter pada bahagian berdekatan menemui sebiji diod yang dilabel M7 juga rosak serta litar pintas.
Litar pintas diod M7 = 1N4007 (1A, 1000v) |
Untuk pengetahuan semua, diod yang dilabel M7 adalah jenis SMD dan ianya sama dengan diod biasa yang berlabel 1N4007 dengan 'rating' 1A, 1000v.
Siap... |
Saya tidak pasti apa 'rating' inductor yang hangus dan gantikan dengan sebarang inductors untuk percubaan. Inductors yang bersebelahan juga tidak nampak lagi labelnya.
Brown, black, black = 10uH |
Inductors yang telah saya gantikan berwarna hijau dengan nilai 10uH seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Testing... |
Setelah kedua-dua komponen rosak di atas saya gantikan dan diuji, 'universal player' ini kembali berfungsi dan masih boleh digunakan semula.
Tested - ok |
'Universal player' ini menggunakan sebiji IC (integrated circuit) TDA7388 untuk sistem suaranya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
TDA7388 |
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.