Wednesday 3 November 2021

Noxxa BM315SC multifunctional oven repair

Oven ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Noxxa BM315SC oven

Kali ini dia dirujuk semula dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik dan skrin juga tidak menyala.

Papan litar...

Pemeriksaan awal pada fius plug 3-pin masih elok dan seterusnya saya periksa komponen yang ada pada papan litar dan juga tidak menemui sebarang kerosakkan.

Suspek komponen yang rosak...

Dari pengalaman membaiki alat kawalan jauh, salah satu punca skrin tidak menyala serta tidak berfungsi adalah disebabkan kerosakkan resonator atau crystal oscillator dan anda boleh rujuk di sini, sini serta sini.

Ambil alat ganti dari alat kawalan jauh...

Setakat hari ini, saya masih tidak tahu bagaimana cara untuk memeriksa resonator serta crystal oscillator dan cara paling mudah ialah gantikan serta uji satu per satu.

Sambungan bekalan elektrik untuk 'testing'...

Saya pernah kongsikan satu alat untuk mengukur frekuensi crystal oscillator di sini namun ianya tidak berupaya mengukur frekuensi di bawah 4mHz.

Testing...

Untuk makluman semua, pada mulanya saya tukarkan resonator dan ianya juga masih gagal berfungsi. Skrin hanya menyala apabila diuji setelah crystal oscillator saya gantikan dan oven ini telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Crystal oscillator yang rosak - 32.768kHz

Crystal oscillator yang digunakan ialah 32.768kHz dan ianya sama dengan crystal oscillator yang digunakan pada jam quartz.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.