Showing posts with label Siemens. Show all posts
Showing posts with label Siemens. Show all posts

Tuesday, 26 November 2024

SIEMENS LOGO! 230RC smart relay repair

Hari ini saya telah dirujuk sebuah 'smart relay' berjenama SIEMENS, model 230RC dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

SIEMENS LOGO! 230RC

Menurut pemilik, masalah asalnya ialah ianya boleh dihidupkan namun tiada paparan pada skrin dan hanya lampu backlight  berwarna hijau sahaja yang menyala. Sewaktu dirujuk kepada saya ianya langsung tidak berfungsi apabila diuji.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, 3 biji kapasitor didapati rosak dan perlu di ganti seperti telah saya labelkan pada gambar di atas.

Gantikan komponen yang rosak...

Kesemua kapasitor yang rosak mempunyai bacaan ESR yang sangat tinggi apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter ESR.

Testing...

'Smart relay' ini berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi semula setelah ketiga-tiga kapasitor yang rosak telah saya gantikan dengan yang baharu.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Thursday, 23 June 2022

SIEMENS LOGO! 230RC smart relay repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki 'smart relay' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

SIEMENS LOGO! 230RC

Hari ini saya dirujuk dua buah 'smart relay' yang serupa dengan masalah sama iaitu langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Setelah penutup dibuka...

Kerja 'troubleshooting' kali ini sangat mudah dengan menggunakan module meter ESR yang saya bina sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Kapasitor aluminium 47uf, 16v rosak...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar hanya menemui sebiji kapasitor jenis aluminium rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas dengan menggunakan module meter ESR.

Gantikan kapasitor baharu...

'Smart relay' ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah kapasitor yang rosak telah saya gantikan serta diuji.

Testing...

Peralatan (tools) yang baik boleh menjimatkan banyak masa serta tenaga ketika melakukan kerja-kerja 'troubleshooting' peralatan elektronik.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Monday, 29 November 2021

SIEMENS DM8 230R repair

Sebelum ini saya pernah baiki benda seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini dan sini.

Setelah dibuka...

Masalah ketika dirujuk kepada saya kali ini ialah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik dan lampu merah juga tidak menyala.

Litar pintas pada kapasitor 4.7uF, 400v

Dari pengalaman lepas, masalahnya ialah pada sebiji komponen 'wear & tear' iaitu kapasitor utama dengan nilai 4.7uF, 400v. Walaupun kapasitor tersebut kelihatan elok dan tidak kembung namun apabila dikeluarkan dari papan litar dan diperiksa, ianya mengalami litar pintas seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

3 biji perintang berlabel 821 (820Ω) putus...

Dari pengalaman lepas juga, jika kapasitor mengalami litar pintas ada lagi komponen lain turut rosak akibat litar pintas dan biasanya fius keselamatan akan putus.

Gantikan perintang yang putus...

Alat ini tidak dilengkapi dengan fius dan pemeriksaan menyeluruh pada papan litar menemui tiga biji perintang yang dilabel 821 atau 820Ω putus.

Guna perintang 1kΩ ganti perintang 820Ω...

Ketiga-tiga perintang yang digunakan adalah jenis SMD disambung selari dan saya gantikan dengan perintang 1kΩ, 1/8w menggunakan perintang biasa seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

328Ω

Gambar di atas menunjukkan bacaan rintangan yang saya dapat pada ketiga-tiga perintang dan ianya sah disambung selari.

Kira-kiranya adalah seperti berikut:-

1/1000 + 1/1000 + 1/1000 = 1/R

R = 1000/3 = 333Ω

Jika menggunakan perintang asal 820Ω, bacaannya pula ialah 273Ω:-

1/820 + 1/820 + 1/820 = 1/R

R = 820/3 = 273Ω

Tested - ok

Alat ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah sebiji kapasitor serta tiga biji perintang telah saya gantikan serta diuji. 

Perbezaan 60Ω dengan menggunakan perintang 1kΩ menggantikan 820Ω tidak memberi sebarang kesan dan ianya telah sebulan digunakan tanpa masalah.

Selamat mencuba...

Wednesday, 27 October 2021

SIEMENS DM8 230R repair

Sebelum ini saya pernah membaiki benda seperti ini dan kongsikan di sini, sini dan sini.

DM8 230R

Baru-baru ini saya dirujuk lagi benda yang serupa dengan masalah hampir serupa. Menurut pemilik, ianya boleh digunakan namun kadang-kadang gagal berfungsi dan lampu merah tidak bertukar ke lampu hijau.

Kapasitor 4.7uF, 400v kembung...

Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, sebiji kapasitor 4.7uF, 400v kelihatan kembung dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Kiri - kapasitor baharu

Setelah kapasitor yang kembung tersebut saya gantikan serta diuji, ianya telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Siap...

Kerosakkan komponen terutamanya kapasitor seperti pernah dan telah saya kongsikan sebelum ini adalah merupakan 'wear & tear' dan perlu ditukar bila tiba waktunya.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Monday, 27 April 2020

SIEMENS DM8 230R repair

Sebelum ini saya pernah membaiki benda seperti ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
SIEMENS DM8 230R
Hari ini saya dirujuk benda yang sama dengan kerosakkan yang sama namun symptom yang berbeza. Pemilik memberitahu ianya tidak berfungsi dengan masalahnya lampu indikator merah tidak bertukar kepada warna hijau.
Gantikan kapasitor utama 4.7uF, 400v
Ketika saya mengujinya, lampu merah berkelip-kelip beberapa kali sebelum menyala tanpa berkelip lagi.
0.784uF sahaja (kapasitor rosak)
Apabila saya buka dan periksa, sebiji kapasitor utama didapati rosak iaitu 4.7uF, 400v seperti boleh dilihat pada gambar di atas iaitu kerosakkan yang sama seperti yang pernah saya baiki sebelum ini.
Testing...
Setelah kapasitor utama tersebut saya tukar dan diuji, lampu indikator merah tidak berkelip lagi dan masih boleh digunakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Friday, 30 August 2019

SIEMENS SQN72.2A4A20BT Actuator repair

Ada kalanya kita tidak pasti apa benda yang dirujuk untuk di baiki. Kali ini saya dirujuk sesuatu yang berjenama SIEMENS buatan Jerman dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
SIEMENS SQN72 Actuator
Gambar di atas merupakan sesuatu yang saya tidak tahu kegunaannya dan pemilik memberitahu saya ianya tidak berfungsi sebab motornya tidak berpusing.
SQN72.2A4A20BT
Di pendekkan cerita saya cuba buka dan periksa dengan harapan dapat membantu pemilik untuk membaikinya.
Setelah penutup dibuka...
Gambar di atas dan di bawah merupakan pandangan di dalam setelah penutupnya dibuka.
Setelah penutup papan litar dibuka...
Setelah diperiksa dengan pandangan mata kasar sahaja kelihatan beberapa biji perintang telah berwarna hitam dan biasanya adalah akibat terlalu panas dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Litar putus...
Setelah diperiksa dengan multimeter, salah satu bahagian pada papan litar telah putus dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas dan di bawah.
Bersihkan bahagian yang putus...
Apa yang saya lakukan ialah bersihkan bahagian litar yang terputus dan paterikan supaya ianya disambung kembali.
Sambung litar yang putus dgn pateri...
Setelah di periksa perintang yang telah berwarna hitam, nilainya ialah 4.6kΩ dan kesemuanya berkeadaan baik.
Nilai perintang - 4.6kΩ
Setelah siap saya serahkan kepada pemilik untuk diuji dan ianya masih boleh digunakan. Kadang-kadang kita tidak perlu tahu apa kegunaan benda yang ingin dibaiki, memadai jika mereka boleh memberitahu kita kenapa ianya tidak dapat digunakan/rosak.

Selamat mencuba...

Thursday, 11 July 2019

SIEMENS DM16 230R repair

Sebelum ini saya pernah membaiki benda seperti ini, cuma model yang berlainan iaitu DM8 230R dan anda boleh membacanya di sini dan di sini. Kali ini modelnya ialah DM16 230R.
SIEMENS DM16 230R
Saya masih tidak pasti kegunaan benda ini namun yang pasti fungsinya ialah sebagai 'switching' sahaja.
Setelah penutup dibuka..
Seperti biasa untuk membaikinya kita harus membukanya dan apa yang boleh dilihat adalah seperti pada gambar di atas dan di bawah.
2 biji kapasitor utama perlu di ganti...
Setelah diperiksa menyeluruh, hanya dua biji kapasitor utama sahaja yang didapati rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
Kapasitor yang rosak

Kapasitor baru...
Setelah kedua-dua kapasitor tersebut ditukar dan diuji, kini benda ini boleh digunakan semula.
Siap...
Selamat mencuba...

Tuesday, 2 July 2019

SIEMENS LOGO! 230RC smart relay repair

Semalam saya berpeluang menbaiki sebiji 'smart relay' berjenama SIEMENS dengan masalah tidak dapat dihidupkan.
SIEMENS LOGO! 230RC

Setelah penutup dibuka
Setelah dibuka dan diperiksa, cuma dua biji kapasitor sahaja didapati rosak seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Setelah panel dibuka...

Komponen yang rosak...

Siap...
Setelah komponen tersebut ditukar dan diuji, kini 'smart relay' tersebut telah boleh dihidupkan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Thursday, 16 May 2019

SIEMENS DM8 230R repair

Minggu lepas saya telah dirujuk benda yang sama seperti hari ini yang saya tidak ketahui kegunaannya dan anda boleh membacanya di sini.
Suppression capacitor didapati rosak...
Benda yang sama namun masalah yang berbeza. Pemilik mengadu bahawa ianya tidak berfungsi sahaja. Apabila dibuka dan diperiksa, kali ini masalahnya bukan pada kapasitor utama tetapi 'suppression capacitor' seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.
suppression capacitor lama cuma 3.5nF sahaja...
Nilai suppression capacitor tersebut ialah 0.1uF atau 100nF. Apabila saya ukur kapasitor tersebut bacaannya cuma tinggal 3.5nF sahaja.
Suppression capacitor baru - 94.7nF
Bila dibandingkan dengan supression kapasitor yang baru, bacaannya hampir 100nF dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas.
Gantikan dengan suppression capacitor baru...
Setelah diganti, alat tersebut kini boleh digunakan semula.
Siap...
Selamat mencuba...