Hari ini saya telah dirujuk sebuah 'smart relay' berjenama SIEMENS, model 230RC dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.
SIEMENS LOGO! 230RC |
Menurut pemilik, masalah asalnya ialah ianya boleh dihidupkan namun
tiada paparan pada skrin dan hanya lampu backlight berwarna hijau sahaja yang menyala. Sewaktu dirujuk kepada saya ianya langsung
tidak berfungsi apabila diuji.
Setelah penutup dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa, 3 biji kapasitor didapati rosak dan perlu di ganti seperti telah saya labelkan pada gambar di atas.
Gantikan komponen yang rosak... |
Kesemua kapasitor yang rosak mempunyai bacaan ESR yang sangat tinggi apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter ESR.
Testing... |
'Smart relay' ini berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi semula setelah ketiga-tiga kapasitor yang rosak telah saya gantikan dengan yang baharu.
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.