Showing posts with label BERJAYA. Show all posts
Showing posts with label BERJAYA. Show all posts

Tuesday, 5 April 2022

BERJAYA U40 electrical urn repair

'Water boiler' ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

U40 electrical water urn

Kali ini dia kembali dengan masalah air tidak panas atau tidak memasak air.

Tombol thermostat

Pemeriksaan pada thermostat mendapati ianya gagal berfungsi apabila dilaras.

Thermostat

Cara untuk mengetahui thermostat rosak ialah laraskannya dan jika tiada bunyi 'tik' kedengaran ianya rosak.

Thermostat baharu...

Pastikan anda belikan thermostat yang bersesuaian ketika membeli alat ganti. Benda pertama yang harus diberi perhatian ialah julat suhu. Julat suhu thermostat ini ialah di antara 30c - 110c.

Pasang sekeping gasket...

Seterusnya pastikan kemampuan thermostat juga harus sesuai. Kemampuan yang saya maksudkan ialah kemampuan menangani arus elektrik yang tinggi dalam unit ampere (A). Kemampuan thermostat ini ialah 16A.

sekeping lagi gasket pada bahagian bawah supaya tak bocor...

Ketika menukarkan thermostat, pastikan ianya dipasang dengan betul/elok agar ianya selamat kepada pengguna. Pastikan tiada kebocoran dan 'gasket' dipasang betul pada kedudukannya.

masukkan sensor dari bawah...

Setelah thermostat siap diganti, isi air untuk uji kebocoran dahulu sebelum bekalkan arus elektrik.

masukkan sensor pada kedudukannya...

Panaskan air sehingga mendidih dan pastikan thermostat akan padam selepas itu sebelum dikembalikan kepada pemilik.

Siap...

Klip video di bawah menunjukkan thermostat berfungsi ketika di laras pada suhu bilik.

Selamat mencuba...


Tuesday, 9 November 2021

WB40M Stainless Steel Electric Water Boiler repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'water boiler' yang hampir serupa seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

WB40M water boiller

Masalah 'water boiler' ini ketika dirujuk kepada saya ialah langsung tidak berfungsi apabila arus elektrik dibekalkan.

Model: WB40M

Pemeriksaan menyeluruh telah saya lakukan dan menemui kerosakkan pada 'thermal switch' dan thermostat seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Setelah penutup bawah dibuka...

'Rating thermal switch' yang digunakan ialah 125°C, 16A dan ianya jelas dilabel padanya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

thermal switch - 125°C

Masalah thermostat pula ialah tidak padam setelah air telah mendidih dan menyebabkan 'thermal switch' putus.

Setelah thermostat di buka...

Thermostat ini boleh ditentukur (calibrate) dan caranya telah saya terangkan pada klip video di bawah.

Sebelum thermostat tersebut saya 'calibrate', ianya sentiasa ada keterusan (continuity) walaupun saya laras ke sebelah kiri atau sebelah kanan.

Laras skru untuk 'calibrate'...

Cara 'calibrate' thermostat ialah:-

  1. laraskan thermostat ke sebelah kiri (arah lawan jam) dan tentukan lokasi minimanya serta labelkan lokasinya
  2. laraskan thermostat ke sebelah kanan sehingga suhu bilik pada bahagian yang telah dilabelkan di atas
  3. laraskan skru yang saya labelkan 'calibrate' pada gambar di atas sehingga bunyi 'tik' kedengaran
Siap...

Setelah thermostat telah ditentukur (calibrate), uji 'water boiler' dan pastikan thermostat akan putuskan bekalan elektrik apabila air telah mendidih iaitu pada 100°C.

Selamat mencuba...

Tuesday, 20 July 2021

Troubleshooting BERJAYA U40 electrical urn

Bulan lepas saya dirujuk sebuah penyimpan air yang membekalkan air panas berjenama BERJAYA dan dilengkapi dengan pemanas di dalamnya.
BERJAYA U40 electrical urn

Pemilik memberitahu saya kali terakhir digunakan, ianya menyebabkan seluruh rumah bergelap apabila dihidupkan.

Model: U40

Jika bekalan elektrik terputus bila dihidupkan bermaksud ada litar pintas namun apabila saya membuat pemeriksaan menyeluruh, tiada litar pintas ditemui.

Rintangan elemen pemanas - 21Ω

Seterusnya saya masukkan air untuk diuji dan ianya boleh berfungsi. Saya laras thermostat mengikut seperti yang telah ditandakan pada 90 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Label asal - 90

Setelah air mendidih, saya dapati thermostat tidak padam dan masih memasak air tanpa henti. Kemudian saya cuba laraskan thermostat dan ianya padam pada lokasi di antara 70 & 90 iaitu 80.

Air dah mendidih...

Jadi, saya ubah label tersebut dari 90 ke 80 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah supaya thermostat akan padam apabila air telah mendidih.

Tukar dari 90 ke 80...

Bekas penyimpan air panas ini telah sebulan dikembalikan kepada pemilik dan sehingga hari ini tiada masalah bekalan elektrik terputus semula dilaporkan.

Rintangan elemen pemanas ketika panas - 19.6Ω

Selamat mencuba...