Baru-baru ini saya dirujuk sebuah gerudi elektrik berjenama BOSCH model GBH 2-26 DRE dengan masalah gagal berfungsi.
BOSCH GBH 2-26 DRE
Menurut pemilik, ianya mengeluarkan asap sewaktu kali terakhir digunakan.
Carbon brush hilang...
Ianya telah dirujuk kepada jurutenik lain sebelum dirujuk kepada saya. Setelah dibuka, jelas kelihatan pada gambar di atas dan di bawah carbon brush serta bearing telah tiada.
Bearing juga hilang...
Pemeriksaan awal mendapati komponen yang rosak serta hilang ialah:-
Sebiji bearing
Carbon brush
Stator
Gantikan stator yang terbakar...
Gambar di atas menunjukkan stator telah saya gantikan dengan yang baru. Gegelung stator asal berwarna hitam akibat panas melampau.
Pasang carbon brush baru (5mm x 8mm x 19mm)
Nombor rujukan bearing yang hilang ialah 607 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Gantikan bearing yang hilang - 607
Setelah kesemua komponen rosak di atas telah saya ganti dan diuji, ianya
boleh boleh berfungsi namun pergerakkan motor sangat pelahan.
Gantikan armature baru...
Masalah motor berpusing perlahan adalah disebabkan armature juga turut rosak akibat panas melampau.
Bearing sebelah dalam - 609
Gerudi elektrik ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah armature turut diganti.
Speaker subwoofer ini telah lama diberikan oleh rakan sekerja kepada saya beberapa tahun lalu dengan keadaan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Audio stream CRYSTAL subwoofer (AS-120)
Jenama speaker ini ialah audio stream CRYSTAL, model AS-120 dengan dust cap (dust dome) telah berlubang.
Dust cap koyak...
Baru-baru ini saya telah beli dust cap baru dengan diameter 11.5cm seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Buka dust cap...
Saya panaskan gam pada dust cap lama menggunakan 'SMD rework station' dan gambar di bawah menunjukkan dust cap lama yang berlubang telah berjaya ditanggalkan.
Dust cap koyak...
Saya gam dust cap yang baru menggunakan gam khas untuk speaker iaitu T-8000 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Guna gam T-8000
Gam tersebut akan kering pada bahagian luar sahaja dalam kira-kira 3 minit namun dibiarkan sehingga 48 jam untuk kering 100% menurut labelnya.
Gam dust cap baru...
Gambar di bawah ialah hasilnya setelah dust cap telah siap saya tukar. Fungsi dust cap ialah untuk mengelak bendasing masuk ke bahagian mekanikal speaker.
Sebelum ini saya pernah kongsikan kerja DIY menyelenggera amplifier sendiri yang berjenama Pioneer dan anda boleh rujuk di sini dan sini.
Masalah pada butang 'direct'...
Kebelakangan ini masalah yang sering terjadi ialah suara sebelah speaker kadang-kadang tidak berbunyi namun kembali normal setelah butang suis 'direct' saya tekan berulang kali.
Setelah dibuka...
Setelah dibuka, masalah suis tersebut ialah tidak lancar bila ditekan dan kadang-kadang melekat.
Buka suis yang bermasalah...
Sebelum dibuka, saya sembur bahagian mekanikal menggunakan 'contact cleaner' namun masalah tetap sama.
Buka lagi...
Seterusnya saya buka suis tersebut dan membersihkan bahagian dalam menggunakan 'contact cleaner'.
Setelah suis dibuka...
Masalah selesai setelah kerja pembersihan bahagian dalam suis selesai.
Pasang klip...
Klip video di bawah menunjukkan sebahagian rakaman proses kerja menyelengaraan yang telah saya lakukan.