Showing posts with label Encoder. Show all posts
Showing posts with label Encoder. Show all posts

Saturday, 3 December 2022

SAFLOK model 2 - PART#73732 repair

Beberapa hari lepas saya telah dirujuk sebuah encoder berjenama SAFLOK, model 2 (PART#73732) dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

PART#73732

Enconder  ini digunakan untuk membuat kad pintu di pusat penginapan (hotel) dan masalah yang saya hadapi ialah tidak mengetahui voltan bekalan elektrik yang diperlukan untuk mengujinya.

model 2

Pemilik memberitahu saya adapter yang digunakan juga tidak ditemui. Carian saya di atas talian menemui spesifikasi 'encoder' adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

specification

Bekalan elektrik yang diperlukan ialah 6v, 3A. Saya menggunakan adapter 5v untuk percubaan dan ianya langsung tidak berfungsi.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, saya menemui sebiji diod dilabel D3 pada papan litar telah meletup seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

D3 - diode

Memandangkan label diod tidak diketahui sebab telah pecah, saya gantikan dengan diod yang sama saiz serta diambil dari papan litar lain.

C14 = J106L (10uf, 6.3v tantalum capacitor)

Setelah diod D3 telah saya gantikan dan diuji, encoder boleh berfungsi semula namun sebiji tantalum capacitor yang dilabel C14 mengalami panas melampau sewaktu diuji. Lokasi tantalum capacitor tersebut ialah bersebelahan dengan diod D3 seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan tantalum capacitor baharu...

Tantalum kapasitor tersebut mengalami litar pintas ketika diperiksa dan masalah selesai setelah ianya telah saya gantikan dengan yang baharu.

Komponen yang rosak...

Komponen yang telah saya gantikan ialah:-

  1. Diod D3
  2. Tantalum capacitor C14 - J106L

Selamat mencuba...

Monday, 14 November 2022

saflok encoder model 5R repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki encoder berjenama saflok seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

saflok model 5R

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi encoder serupa namun dilabel model 5R. Setelah dibuka dan diperiksa, ianya serupa dengan model 4 seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

model 5R

Masalah encoder ini ialah gagal mengeluarkan kad semula selepas ditarik masuk ke dalam sewaktu proses mengkod pada kad.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, salah satu tali sawat telah rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kerosakkan tali sawat...

Masalah kerosakkan tali sawat adalah 'wear & tear' dan harus diganti bila tiba masanya. Kerosakkan biasa ialah gigi pada tali sawat telah haus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tali sawat yang rosak...

Cara-cara menukarkan tali sawat boleh ditonton pada klip video di penghujung artikel ini.

Gantikan tali sawat baru...

Selamat mencuba...

Friday, 13 May 2022

saflok encoder model 4 repair

Encoder ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Saflok model 4 encoder

Hujung minggu lepas dia dirujuk semula kepada saya dengan masalah gagal berfungsi dan mengeluarkan bau terbakar/hangus.

Setelah papan litat dibuka...

Jika ada bau hangus biasanya mesti ada komponen yang mengalami litar pintas atau terbakar. Setelah papan litar dibuka dan diperiksa dengan mata kasar tiada komponen yang kelihatan terbakar atau hangus.

R14 & TVS4 rosak...

Pemeriksaan dengan menggunakan multimeter akhirnya menemui sebiji TVS diode yang dilabel TVS4 pada papan litar mengalami litar pintas.

Keluarkan TVS4 (17v bidirectional TVS diode)

Apabila TVS diode telah dikeluarkan dari papan litar dan pemeriksaan pada perintang yang disambung selari bersama TVS4 dengan label R14 mempunyai bacaan yang meragukan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Label pada perintang tersebut ialah 224 atau 220kΩ namun saya cuma dapat bacaan kira-kira 5kΩ sahaja.

R14 juga rosak (224 = 220kΩ)

Encoder ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kedua-dua komponen yang rosak telah diganti serta diuji. Komponen yang rosak ialah:-

  1. TVS4 = 17v bidirectional TVS diode
  2. R14 = 224 (220kΩ)
Gantikan R14 & TVS4...

Encoder ini mendapat bekalan dari adapter dengan voltan 12v sahaja.

Voltan bekalan - 12vdc

Terdapat bermacam-macam jenis, bentuk serta 'rating' TVS diode dan anda boleh rujuk di sini untuk keterangan lanjut.

Selamat mencuba...

Friday, 4 March 2022

Troubleshooting SAFLOK encoder model 4

Semalam saya dirujuk sebuah mesin encoder dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah iaitu motor dalam mesin tidak berhenti walaupun proses 'encoding' telah selesai.

Menurut pemilik, mesej yang terpapar pada skrin monitor menyatakan kad masih di dalam mesin encoder.

Cebisan plastik melekat pada sensor...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui secebis plastik melekat pada sensor bahagian belakangnya seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Keluarkan cebisan plastik...

Percaya atau tidak, mesin encoder ini telah berjaya diselamatkan dan masalah selesai setelah dengan hanya mengeluarkan cebisan plastik yang melekat pada sensor sahaja.

Siap...

Selamat mencuba...

Tuesday, 28 December 2021

SAFLOK model 4 (PART # 73832) repair

Semalam saya dirujuk sebuah mesin pengekod (encoder) kad untuk membuka pintu yang banyak digunakan di hotel seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Saflok encoder...

Menurut pemilik, masalahnya ialah mesin ini gagal menarik kad masuk untuk proses mengkod dan meminta supaya menukarkan tali sawat.

PART # 73832 (model 4)

Untuk pengetahuan semua, kerosakkan yang sering terjadi pada mesin ini ialah kerosakkan pada tali sawat dan pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Roller kotor...

Setelah dibuka dan diperiksa, tali sawat masih elok namun kelihatan sebiji 'roller' kotor seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Cara membersihkannya telah saya tunjukkan pada klip video di bawah.

Dari pengalaman lepas, punca yang boleh merosakkan tali sawat pada mesin ini ialah disebabkan 'roller' yang berputar bersentuh dengan papan litar dan juga pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Buka papan litar...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bahagian papan litar yang telah haus akibat bergesel dengan 'roller'.

haus bergesel dengan roller...

Saya tidak pasti kenapa kejadian sebegini berlaku dan jika tidak ditangani ianya akan semakin serius dan membataskan pergerakkan 'roller' sehingga merosakkan tali sawat.

haus bergesel dengan roller...

Cara untuk mengatasi masalah sedemikian ialah dengan menjauhkan papan litar supaya tidak bersentuh dengan 'roller'. Saya lapik keempat-empat bahagian papan litar yang dikunci dengan skru menggunakan sekeping plastik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Lapik papan litar supaya tidak bersentuh dengan roller...

Mesin pengekod ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah membersihkan 'roller' yang kotor dan membuat sedikit pengubahsuaian seperti di atas.

Selamat mencuba...

Wednesday, 12 August 2020

SAFLOK encoder model 4 repair

Encoder seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini, sini dan sini.

SAFLOK Model 4

Masalah kali ini ialah seperti boleh ditonton pada klip video di atas iaitu perlahan atau dikira tidak menarik kad masuk ke dalam mesin encoder.

roller atas & bawah tidak selari...

Setelah penutupnya dibuka, benda pertama yang saya nampak ialah roller pada bahagian yang menarik kad tidak selari seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

skru hilang...

Apabila saya pusingkan dengan tangan, rupa-rupanya sebiji skru untuk mengunci roller hilang dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan skru...

Skru asal yang digunakan sangat halus dan saya akhirnya menemui sebiji skru yang hampir sama diambil dari telefon bimbit lama. Gambar di atas menunjukkan skru yang saya maksudkan dan ianya boleh digunakan. Klip video di bawah menunjukkan ianya telah diuji dan berfungsi seperti biasa semula.

Selamat mencuba...

Friday, 3 July 2020

SAFLOK encoder model 4 repair

Sebelum ini saya pernah membaiki mesin encoder seperti ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
SAFLOK Model 4
Hari ini saya dirujuk sebuah lagi encoder seperti ini dengan masalah berbeza iaitu kad yang di tarik masuk tak keluar-keluar dan kadang-kadang tidak menarik kad masuk kedalamnya.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya ialah pada sebiji roller getah yang telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah tertanggal. Gambar ketika getah roller tertanggal tidak saya perolehi dan ianya telah saya gam kembali ke kedudukan asalnya.
Roller getah telah digam kembali...
Biasanya anda selalu lihat saya melekat kembali barangan plastik dengan menggunakan 'super glue' namun jika ianya adalah getah, gam yang paling sesuai ialah seperti pada gambar di bawah.

Gam 'super glue' tidak sesuai untuk barangan getah disebabkan ianya akan mengeraskan getah itu sendiri dan akan menjadikannya rapuh. Ia akan pecah bila ditekan dan tidak flexible.
Guna gam ini...
Bahagian yang telah digam harus dibiarkan kering iaitu kira-kira sehari atau 24 jam sebelum boleh dipasang kembali dan digunakan.
Siap - tested - ok
Selamat mencuba...

Monday, 29 July 2019

SAFLOK encoder model 4 repair

Encoder seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini. Hari ini saya dirujuk lagi sebuah encoder yang serupa (jenama & model) dengan masalah yang serupa.
Punca masalah...
Cara membaikinya anda boleh membacanya pada artikel lepas di sini dan apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah pada gambar berikut.
Tali sawat telah tersalah pasang...
Saya rasa ada yang telah membukanya sebelum ini dan apa yang kelihatan ialah tali sawat yang telah saya labelkan 'A' dan 'B' di atas telah tersalah pasang.
Buka klip dulu...
Jadi untuk membetulkan pemasangan tali sawat tersebut, anda perlu buka pin seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas dan mengeluarkan gear serta tali sawat yang tersalah pasang tersebut.
Pasangkan tali sawat yang pendek (B) dahulu...
Pasangkan tali sawat yang pendek (B) dahulu dan kemudian barulah pasangkan tali sawat yang panjang (A). Gambar di bawah menunjukkan kedudukan sebenar kedua-dua tali sawat tersebut.
Pemasangan tali sawat yang betul...
Untuk makluman tali sawat yang pendek telah saya ganti berikutan telah haus dan tidak mampu mengerakkan gear untuk menarik kad masuk serta keluar dari encoder tersebut.
Tali sawat pendek (B) yang rosak.
Selamat mencuba...

Tuesday, 2 October 2018

SAFLOK encoder model 4 repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki sesuatu yang baru dan belum pernah saya baiki sebelum ini. Benda yang dimaksudkan ialah encoder berjenama SAFLOK, Model 4 seperti pada gambar di bawah.
Pandangan luar encoder

Encoder ini digunakan untuk mengkod kad pengimbas pintu hotel sebelum boleh berfungsi untuk membuka pintu bilik masing-masing.

Made in JAPAN

Masalah ketika dirujuk kepada saya ialah mesin ini boleh menarik kad ke dalam dan tak keluar-keluar lagi atau mengambil proses yang lama untuk melengkapkan 'encoding' dan kadang-kadang keluar dari belakang seperti yang boleh dilihat pada video di bawah.

Masalah sedemikian biasanya hanya perlu menggantikan tali sawat di bahagian mekanikal sahaja seperti pada gambar di bawah.

Bahagian mekanikal melibatkan tali sawat

Namun setelah tali sawat diganti, masalah tetap sama dan apa yang saya perhatikan ialah pergerakan motor agak perlahan dan bila digerakkan secara manual dengan jari ianya agak berat dan terdapat geseran yang tinggi.

Setelah dibuka, saya terkejut melihat papan litarnya mempunyai kesan terhakis akibat pergesaran oleh bahagian mekanikal dan boleh dilihat seperti pada gambar di bawah.

Papan litar

Untuk gambaran yang lebih jelas, bahagian yang bergesel dengan papan litar ialah seperti yang ditandakan pada gambar di bawah.

Punca masalah...

Tidak diketahui kenapa bahagian mekanikal tersebut boleh bergesel dengan papan litar dan tugas saya kini ialah bagaimana untuk mengelakkan bahagian mekanikal tersebut daripada bersentuhan dengan papan litar.

Sedikit pengubahsuaian di buat...

Jika diperhatikan seperti pada gambar di atas yang telah saya bulatkan, saya lapik papan litar tersebut dengan kepingan plastik supaya papan litar akan berkedudukan lebih jauh dari bahagian mekanikal.

Untuk makluman, kepingan plastik yang saya guna diambil dari botol minuman dan ketebalannya ialah dalam kira-kira 0.5mm sahaja.

Tested - OK

Setelah di pasang kembali papan litar tersebut dengan di lapik kepingan plastik setebal 0.5mm dan diuji, bahagian mekanikal tidak bersentuhan dengan papan litar lagi dan mesin tersebut kini kembali beroperasi seperti normal dan boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...