Wednesday 12 August 2020

SAFLOK encoder model 4 repair

Encoder seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini, sini dan sini.

SAFLOK Model 4

Masalah kali ini ialah seperti boleh ditonton pada klip video di atas iaitu perlahan atau dikira tidak menarik kad masuk ke dalam mesin encoder.

roller atas & bawah tidak selari...

Setelah penutupnya dibuka, benda pertama yang saya nampak ialah roller pada bahagian yang menarik kad tidak selari seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

skru hilang...

Apabila saya pusingkan dengan tangan, rupa-rupanya sebiji skru untuk mengunci roller hilang dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan skru...

Skru asal yang digunakan sangat halus dan saya akhirnya menemui sebiji skru yang hampir sama diambil dari telefon bimbit lama. Gambar di atas menunjukkan skru yang saya maksudkan dan ianya boleh digunakan. Klip video di bawah menunjukkan ianya telah diuji dan berfungsi seperti biasa semula.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.