Sunday 9 August 2020

Baiki microwave yang ada percikan api

Hari ini saya dirujuk sebuah ketuhar gelombang mikro (microwave) berjenama SHARP dengan masalah ada percikan api kedengaran dan boleh dilihat pada klip video di bawah.


Sebelum ini saya pernah kongsikan masalah yang serupa dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Jenama: SHARP

Jika microwave anda ada simptom seperti boleh dilihat pada klip video di atas, padam dengan segera dan rujuk kepada pakar untuk diselengara.

Mica waveguide terbakar...

Jika masih juga digunakan ianya akan merosakkan komponen lain seperti magnetron, fius HV, diod HV, transformer HV dan lain-lain. Ini akan melibatkan kos yang tinggi serta mungkin tidak berbaloi untuk dibaiki.

Mica waveguide rosak dan perlu diganti...

Masalah sedemikian biasanya disebabkan 'mica waveguide' atau juga dikenali sebagai 'mica plate' telah rosak seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Potong ikut saiz dan bentuknya...

Untuk memastikan ianya rosak, anda cuma perlu keluarkan 'mica waveguide' dan uji microwave tersebut semula.

Jika masih juga ada percikan api bermaksud ada kerosakkan pada komponen lain.

Jika tiada percikan api lagi bila diuji tanpa 'mica waveguide', anda cuma perlu gantikanya dengan yang baru.

Siap...

Cara untuk menjaga supaya 'mica waveguide' tidak mudah rosak ialah bersihkan bahagian dalam microwave setiap kali telah digunakan.

Pastikan tiada sisa makan atau apa-apa sahaja yang melekat padanya termasuk minyak masak.

Ada yang menggunakan microwave tanpa 'mica waveguide' atas alasan tak tahu di mana nak cari gantinya.

Nasihat saya kepada pengguna ialah, setiap benda yang direka/dicipta pasti ada fungsinya masing-masing. Jangan ambil mudah sebab kita tidak tahu kesan sampingannya kepada pengguna.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.