Pagi ini ketika saya mencabut rumput di belakang rumah, saya terjumpa seekor ulat yang telah lama tidak kelihatan bila telah berpindah serta tinggal di bandar. Jika tidak silap, kali terakhir saya melihat ulat sebegini ialah ketika berkebun di kampung kira-kira 30 tahun yang lampau.
Setelah saya mengambil gambar serta klip video, saya mencari di laman sesawang dan nama ulat tersebut ialah 'grub worm'. Ianya juga merupakan ulat kepada sejenis serangga yang dinamakan sebagai 'Japanease beetles'
Setelah lebih 30 tahun, hari ini baru saya tahu ulat tersebut merupakan lava kepada 'japanease beetles' apabila telah matang. Kitar hidupnya hampir sama dengan rama-rama dan perbezaannya ialah ulat rama-rama tinggal di pokok memakan daun manakala 'grub worm' tinggal di dalam tanah memakan akar tumbuh-tumbuhan.
Jika ada tanaman anda yang tiba-tiba layu dan mati tanpa sebab, ulat ini adalah penyebabnya sebab akar tumbuhan telah rosak dimakannya. Gambar di bawah menunjukkan pokok betik yang saya tanam tiba-tiba layu dan mati. Pagi ini ketika saya mencabut pokok betik yang telah mati, ulat ini ditemui dibawahnya.Ulat ini sangat aktif dan boleh hilang dari pandangan kita kurang dari seminit. Klip video di bawah menunjukkan cara bagaimana ianya bergerak serta mengorek dan hilang dari pandangan kita dalam masa yang singkat.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.