Tuesday 11 August 2020

SANTOS 50 Juice Extractor repair

Semalam saya dirujuk sebuah mesin pengisar jus berjenama SANTOS, Model: 50 dengan masalah bekalan elektrik terputus sejurus selepas suis pada soket dihidupkan.

Jenama: SANTOS

Jika bekalan elektrik terputus setiap kali cuba dihidupkan bermaksud ada litar pintas dan tugas kita ialah mencari puncanya.

Model: 50

Gambar di atas menunjukkan bahagian bawah yang telah berkarat dan apabila dibuka, keadaan di dalamnya masih elok seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup bawah dibuka...

Saya periksa kesemua komponen di dalamnya termasuk 'start capacitor' dan kesemuanya elok tanpa sebarang masalah.

Start Capacitor - 50uF

Gambar di bawah menunjukkan nilai kapasitor yang digunakan iaitu 50uF dan tiada litar pintas dijumpai.

51.5uF - ok

Seterusnya saya buka plug 3-pin serta periksa ketiga-tiga terminalnya dan menemui litar pintas pada wayar neutral (N) dan wayar bumi (E) seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Litar pintas pada neutral (N) & Earth (E)...
Jadi, masalahnya ialah dari plug 3-pin sehingga ke bahagian suis dan bukannya pada bahagian selepas suis mesin pengisar jus tersebut.
N & E sambung bersama?

Akhirnya saya menemui sesuatu yang pelik seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Kenapa wayar bumi (kuning/hijau) disambung bersama wayar neutral (Biru)?

Menurut pemilik, ianya tidak pernah dibaiki sebelum ini dan secara logiknya, wayar bumi dan wayar neutral tidak mungkin boleh disambung bersama. Bagaimana mesin pengisar tersebut boleh digunakan selama ini tanpa masalah?

Pindahkan ke tempat yang sepatutnya...

Walaupun soalan di atas belum terjawab lagi, saya cabut wayar bumi yang disambung bersama dengan wayar neutral dan sambungkannya bersama dengan wayar bumi yang lain seperti boleh dilihat pada gambar di atas.  

Tiada litar pintas lagi ditemui selepas itu dan apabila diuji, mesin pengisar jus tersebut boleh berfungsi seperti biasa semula.

Siap

Soalan di atas masih belum terjawab lagi iaitu bagaimana ianya boleh digunakan sebelum ini sedangkan wayar bumi dan wayar neutral disambung bersama sehingga blog ini ditulis.

Secara logiknya, wayar bumi dan neutral tidak mungkin boleh disambung bersama. Saya berpendapat ada yang telah membukanya sebelum ini dan secara sengaja atau mungkin tidak sengaja telah tersalah sambung sebelum dirujuk kepada saya. Apa komen anda?

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.