Sunday 2 August 2020

Wajib memakai pelitup muka mulai 1 August 2020

Mulai semalam, 1 August 2020 negara kita telah mewajibkan penggunaan pelitup muka (face mask) di tempat awam yang sesak berikutan pertambahan kes positif CoVid-19 kebelakangan ini.
Hanya 4 kategori berikut tidak boleh menggunakan pelitup muka:-
  1. Kanak-kanak bawah 2 tahun
  2. Mereka yang sukar bernafas
  3. Individu yang tidak sedarkan diri
  4. Orang kurang upaya yang tidak mampu menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan
Dalam banyak-banyak notis yang saya temui semalam, notis di atas merupakan yang paling lengkap dan jelas.

Terdapat pengusaha kedai makan memberitahu saya bahawa penguatkuasa yang membuat pemeriksaan menggunakan pelbagai cara untuk menjejaki mereka yang ingkar SOP.

Antaranya ialah, mereka akan menelefon nombor yang telefon yang ditulis pada buku pendaftaran dan jika didapati nombor palsu, pelanggan akan dikompaun RM1,000 serta-merta.

Saya berpendapat, orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam sebab takut didenda RM1,000 dan bukannya takut kepada virus CoVid-19. Apa kata anda?

Bersama-sama kita bekerjasama dengan mematuhi apa-apa SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa.

Jangan bawa golongan yang berisiko ke tempat awam iaitu, kanak-kanak di bawah 12 tahun termasuk bayi, golongan yang ada 'comorbidity' dan warga emas (berusia 55 tahun ke atas).
Kesimpulannya ialah, duduk sahaja di rumah jika tiada urusan di luar rumah buat masa ini. Lupakan segala kegiatan beriadah ketika ini dan saya juga tidak pasti bila ianya akan berakhir.

Saya berpendapat, virus ada di mana-mana pada bila-bila masa dan jika anda ingin menghindarinya selain daripada mematuhi SOP yang sedia ada ialah, amalkan kehidupan sihat iaitu kerap bersenam.

Bersenam boleh meningkatkan keupayaan antibodi kita menentang bakteria serta virus yang menyerang kita.

Contoh yang terbaik sepanjang pandemik CoVid-19 yang kita ada ialah seorang atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang didapati positif dan dikuarantin di hospital umum Sibu selama 73 hari.

Beliau didapati positif setelah melawat ayahnya yang juga positif. Ayahnya terpaksa dimasukkan ke ICU setelah dijangkiti CoVid-19.

Walaupun beliau positif setiap kali diperiksa namun tiada sebarang gejala sepanjang dikuarantin.

Setakat hari ini belum ada atlet yang bergejala bila didapati positif CoVid-19 dan tiada kematian langsung melibatkan mereka sehingga kini.

Terbaru, pelumba F1 Sergio Perez juga diuji positif CoVid-19 tanpa sebarang gejala.

Tunggu apa lagi, jom berseman...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.