AKAI AM2600 stereo amplifier |
Kali terakhir amplifier saya ini dibuka untuk diselengara ialah pada tahun 2013 dan anda boleh membacanya di sini.
Setelah penutup atas dibuka... |
Sebenarnya saya tidak berjaya membaikinya ketika itu dan cuma mengikat relay di dalamnya dengan benang untuk kegunaan sementara. Saya juga terlupa untuk membaikinya semula bila ada kesempatan dan tanpa disedari 7 tahun telah berlalu menggunakannya hanya dengan bantuan sehelai benang sahaja.
Kapasitor 2.2uF, 50v rosak... |
Pagi ini tiba-tiba saya teringat bahawa ianya masih belum dibaiki lagi dan membukanya serta memeriksa satu per satu komponen yang ada pada papan litar.
Saya hanya menemui sebiji kapasitor sahaja dengan nilai 2.2uF, 50v seperti telah saya tandakan pada gambar di atas didapati rosak.
Gantikan kapasitor baru... |
Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kini relay kembali berfungsi semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
Saya kagum dengan ketahanan komponen pada amplifier tersebut dan hanya sebiji sahaja yang perlu diganti setelah lebih 40 tahun berkhidmat. AKAI AM2600 adalah model keluaran Jepun pada tahun 70an iaitu antara tahun 1976 sehingga 1979.
Klip video di atas menunjukkan ianya telah kembali berfungsi semula setelah diuji. Jika anda perlukan schematic untuk amplifier ini, anda boleh rujuk di sini.
Selamat mencuba..
Hi Hercules, how do u know the cap was broken? Did u check the component one by one?
ReplyDeleteYes, it is due to high ESR reading on the cap.
Delete