Semalam, ketika saya sedang memandu dan menikmati muzik siaran wai FM, tiba-tiba suara muzik yang keluar dari pembesar suara (loudspeaker) kereta saya seperti boleh didengar dan ditonton pada klip video di atas.
'dust cap' tertanggal... |
Apabila saya buka penutup 'loudspeaker' dan periksa, penutup habuk (dust cap) telah tanggal dan boleh dilihat pada gambar di atas.
Fungsi penutup habuk tersebut ialah untuk mengelak bendasing terutamanya habuk daripada masuk ke bahagian 'voice coil' dan menggangu pergerakan serta getaran pada setiap pembesar suara.
gam kembali 'dust cap' ke kedudukan asal... |
Cara untuk membaikinya amat mudah dan cuma perlukan gam sahaja. Gunakan gam yang kuat supaya tidak tertanggal semula.
Bersihkan habuk serta bendasing lain di dalamnya sebelum 'dust cap' tersebut digam kembali ke kedudukan asalnya.
Bersihkan habuk serta bendasing lain di dalamnya sebelum 'dust cap' tersebut digam kembali ke kedudukan asalnya.
Tunggu sehingga bahagian yang digam telah betul-betul kering sebelum mencubanya dan klip video di bawah saya ambil selepas dibaiki serta diuji.
Saya guna gam gajah (super glue) sebab cepat kering dan tidak perlu tunggu lama. Pastikan juga gam yang digunakan tidak tumpah ke mana-mana bahagian lain selain selain kawasan 'dust cap' yang perlu digam sahaja.
Nama khas setiap bahagian pada loudspeaker |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.