Wednesday 19 August 2020

EMPRESS GZ-300 repair

Baru-baru ini banyak hantar barangan elektrik berjenama EMPRESS iaitu produk Cosway untuk dibaiki.

Jenama: EMPRESS

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki sebuah periuk elektrik berjenama EMPRESS, Model: GZ-300 dengan masalah seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

Ketika saya uji, ianya boleh dihidupkan dan semua elok seperti biasa namun setelah mulai panas, ianya meragam dengan mengeluarkan mesej pada indikator iaitu 'EE' dan tidak berfungsi lagi selepas itu.

Model: GZ-300

Setiap kali indikator mengeluarkan mesej 'EE', periuk elektrik tersebut langsung tidak boleh digunakan lagi. Bila padam dan tunggu seketika dan diuji semula, perkara yang sama berulang semula.

EE
Setelah dibuka dan diperiksa, tiada komponen yang rosak ditemui termasuk papan litarnya. Ini disebabkan ianya hanya tidak dapat digunakan semasa telah panas sahaja.

Setelah penutup bawah dibuka...

Jadi, saya uji semula periuk elektrik tersebut sehingga indikatornya memaparkan 'EE' dan periksa semula. Pemeriksaan selepas itu mendapati salah sebiji thermostat tiada 'continiuety' dan berlabel "KSD201 115" padanya.

2 biji thermostat...

Terdapat dua biji thermostat pada bahagian bawah periuk iaitu sebiji berlabel 115 dan sebiji lagi 98. Fungsi thermostat tersebut ialah memutuskan sambungan apabila telah mencecah suhu yang tertera padanya iaitu 115 darjah celcius dan 98 darjah celcius.

115C & 98C...

Kenapa thermostat yang berlabel 98 tidak putus dan 115 pula yang putus sedangkan suhu untuk 115 adalah lebih tinggi daripada 98. Ini bermaksud thermostat yang berlabel 115 putus lebih awal sebelum mencapai 115 darjah celcius dan ianya rosak serta harus diganti.

115C rosak...

Klip video di bawah menunjukkan periuk elektrik tersebut telah saya uji setelah siap menukar thermostat yang berlabel 115 dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.