TV LCD seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Kali ini saya dirujuk TV yang sama namun masalah yang berbeza. Menurut pemilik, kali terakhir dia menghidupkan TV, skrin seperti di atas muncul. Beliau juga memberitahu saya masalah lain ialah kadang-kadang TV padam dengan sendiri dan tidak dapat dihidupkan semula. Ianya cuma boleh dihidupkan semula selepas beberapa jam kemudian.
Masalah TV seperti di atas amat susah diperiksa sebab bila saya uji, ianya boleh dihidupkan dan terpaksa menunggu berjam-jam atau mungkin tak padam langsung seperti yang diberitahu walaupun seharian diuji.
Saya tidak pasti bagaimana skrin pada gambar pertama di atas boleh muncul dan ia adalah 'service mode' serta memerlukan alat kawalan jauh khas. Tiada skrin tersebut muncul sewaktu saya mengujinya.
Pada mulanya saya syak masalah pada PSU (Power Supply Unit) namun setelah diperiksa, tiada komponen yang rosak ditemui namun saya ada membaiki beberapa pateri yang kelihatan seperti 'cold solder joint' pada bahagian 'HOT'.
Seterusnya saya periksa mainboard dan menemui sebiji kapasitor aluminium yang dilabel C212 longgar bila disentuh seperti boleh ditonton pada klip video di atas.
Apabila saya cuba keluarkannya dari papan litar, ianya terus tanggal dengan salah satu terminal masih melekat pada papan litar.
Nilai kapasitor aluminium tersebut ialah 220uF, 16v dan saya gantikannya dengan kapasitor biasa seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Kapasitor yang baru terpaksa saya baringkan pada papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah disebabkan ruangannya yang terhad dan boleh menyebabkan penutup belakang tidak dapat ditutup dengan rapat.
Setelah siap diganti dan diuji seharian, tiada masalah seperti yang dilaporkan oleh pemilik kepada saya di atas muncul-muncul. Jadi, saya anggap masalah di atas telah selesai dan jika ada masalah yang sama berulang, saya akan kemaskini semula artikel ini.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.