Saturday 22 August 2020

VESON-2600 hari dryer repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah alat pengering rambut berjenama VESON-2600 dan pemilik hanya memaklumkan kepada saya masalahnya tidak boleh digunakan.

VESON-2600
Ketika saya mengujinya sebelum dibuka untuk diperiksa, ianya boleh berfungsi pada kelajuan yang tinggi sahaja. Bila laraskan ke kelajuan rendah,  ianya tidak berfungsi.
Diod 1N5408 meletup...
Setelah penutup belakangnya dibuka, jelas kelihatan sebiji diod pada bahagian suis pelaras kelajuan didapati pecah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan telah saya tandakan.
Keluarkan diod rosak...
Nombor rujukan diod tersebut ialah 1N5408 dan jika pecah/putus, tiada bekalan elektrik ke bahagian pemanas serta motornya ketika dilaras ke kelajuan rendah.
Cari diod yang sama...
Masalah telah ditemui dan saya cuma perlu keluarkan diod yang rosak serta gantikan dengan yang baru. Gambar di bawah menunjukkan diod telah saya gantikan dengan yang baru.
Siap...
Klip video di bawah saya rakam ketika telah siap dibaiki serta diuji dan ianya masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.