Bulan lepas serai yang saya tanam di belakang rumah telah mengeluarkan satu pucuk yang panjang serta tinggi.
Serai berbunga...
Bulan ini pucuk tersebut telah tunduk dan berbunga seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Untuk makluman semua, rupa pucuk tersebut seperti padi yang telah berbuah dan ianya sangat kecil. Gambar yang saya ambil semua menggunakan fungsi macro.
Warna bunganya ialah ungu namun dalam gambar ianya seolah-olah warna merah jambu (pink).
Ini merupakan kali ke-2 saya melihat serai berbunga. Kali pertama saya terserempak serai berbunga sewaktu berjogging beberapa tahun lalu.
Telefon Redmi note 13 ini saya beli pada 15/10/2024.
Redmi note 13...
Dari pengalaman lepas, casing asal hanya bertahan kira-kira 2 tahun sahaja dan gambar-gambar berikut di bawah adalah keadaannya sebelum saya gantikan dengan yang baru.
Casing bahagian mengecas pecah...
Pereputan casing bermula dengan tertanggalnya penutup bahagian mengecas dan seterusnya pecah pada bahagian volume serta butang start seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Casing bahagian butang volume/start pecah...
Apa yang saya perasan ialah keadaannya mulai rapuh setelah setahun dan merebak keseluruhan casing.
Casing bahagian kamera juga pecah...
Gambar berikut ialah casing yang baru saya beli melalui dalam talian dengan harga Rm2.81 sahaja.
Casing baru...
Untuk makluman semua, harga casing di pasaran tempatan jauh lebih mahal berbanding dalam talian.
Siap...
Saya tidak pernah buka casing asal sejak dibeli namun ianya seolah-olah ada tarikh luput dan reput selepas itu...
Pada 18/07/2026 (sabtu) lalu klan COC (Clash Of Clan) saya mendapat kunjungan pihak lawan (war) dan telah meninggalkan mesej seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.
18/07/2026
Lokasi Israel pada klan telah lama saya guna seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah dan kebetulan pihak lawan pula dari Iran.
Clan location: Israel
Walaupun dia tidak mewakili keseluruhan rakyat Iran namun yang pasti mereka tidak menyukai pemerintahan sedia ada.
Apa pun peperangan di Iran telah menyebabkan masalah tenaga dunia terutamanya minyak fosil yang perlu diangkut melalui Selat Hormus.
Kita tidak tahu sampai bila peperangan ini bakal berakhir dan saya juga yakin tidak akan berakhir dalam masa terdekat.
Ini berikutan peperangan zaman moden majoriti menggunakan senjata moden dan biasanya akan berlarutan selagi ada dana serta bantuan dari pihak berkepentingan.
Jika tiada perang, senjata yang dicipta tiada gunanya.
[Intro]
C G C C
[Verse]
CEmAmFCG
Wise men say only fools rush in
FGAmFCG C
But I can't help falling in love with you
CEmAmFCG
Shall I stay, would it be a sin?
FGAmFCGC
If I can't help falling in love with you
[Pre-Chorus/Bridge]
EmB7
Like a river flows
EmB7
Surely to the sea
EmB7
Darling so it goes
A7DmG
Some things were meant to be
[Chorus]
CEmAmFCG
Take my hand, take my whole life too
FGAmFCGC
If I can't help falling in love with you
[Pre-Chorus/Bridge]
EmB7
Like a river flows
EmB7
Surely to the sea
EmB7
Darling so it goes
A7DmG
Some things were meant to be
[Chorus]
CEmAmFCG
Take my hand, take my whole life too
FGAmFCGC
If I can't help falling in love with you
FGAmFCG C
Cuz I can't help falling in love with you
FGAmFCG C
But I can't help falling in love with you
Speaker subwoofer ini telah lama diberikan oleh rakan sekerja kepada saya beberapa tahun lalu dengan keadaan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Audio stream CRYSTAL subwoofer (AS-120)
Jenama speaker ini ialah audio stream CRYSTAL, model AS-120 dengan dust cap (dust dome) telah berlubang.
Dust cap koyak...
Baru-baru ini saya telah beli dust cap baru dengan diameter 11.5cm seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Buka dust cap...
Saya panaskan gam pada dust cap lama menggunakan 'SMD rework station' dan gambar di bawah menunjukkan dust cap lama yang berlubang telah berjaya ditanggalkan.
Dust cap koyak...
Saya gam dust cap yang baru menggunakan gam khas untuk speaker iaitu T-8000 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Guna gam T-8000
Gam tersebut akan kering pada bahagian luar sahaja dalam kira-kira 3 minit namun dibiarkan sehingga 48 jam untuk kering 100% menurut labelnya.
Gam dust cap baru...
Gambar di bawah ialah hasilnya setelah dust cap telah siap saya tukar. Fungsi dust cap ialah untuk mengelak bendasing masuk ke bahagian mekanikal speaker.
Hujung bulan lepas sewaktu 'payday sale' di shopee saya telah menempah sebuah gitar elektrik seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.
June payday sale...
Tahun lepas saya juga ada melakukan tempahan di shopee namun gitar yang sampai tidak berkualiti dan boleh rujuk di sini.
Setelah bungkusan dibuka...
Untuk makluman semua, gitar ini dibuat di Indonesia dan ianya bukan gitar tulen Gibson. Saya juga yakin ianya juga bukan gitar yang dikilangkan atas jenama Gibson.
Patah...
Nasib masih tidak menyebelahi saya lagi sebab gitar yang sampai rosak seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Patah...
Kerosakkan berlaku sewaktu penghantaran dan pembungkusannya sangat mudah serta tiada ciri keselamatan langsung.
Toggle switch juga patah...
Apa pun, saya kembalikan gitar tersebut dan mendapat pulangan penuh melalui aplikasi shopee.
Refunded...
Proses penghantatan balik bermula pada 4/7/2026 dan hanya tiba pada 16/7/2026.
Klip video di atas saya rakam sewaktu menerima serta membuka bungkusannya.
Minggu lepas saya telah daftarkan dua kumpulan pemain untuk TH9 mengikuti perlawanan e-sport COC (Clash If Clan) dan masing-masing diberi 20 perlawanan.
Maximum 20 matches...
Perlawanan bermula pada 2/7/2026 dan akan berakhir pada 7/7/2026 namun mereka telah selesai kesemua 20 perlawanan dalam masa 2 hari sahaja.
War2Glory - 8/20 wins
Gambar di atas dan di bawah menunjukkan keputusan perlawanan.
War4Glory - 7/20 wins
Apa pun, perlawanan berakhir di 'stage 1' sahaja sebab hanya 8 clan terbaik sahaja akan dipilih untuk meneruskan perlawanan seterusnya.
Untuk makluman semua, dalam banyak-banyak perlawanan, dua clan yang saya daftarkan juga berpeluang bertemu seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.