Showing posts with label Panasonic. Show all posts
Showing posts with label Panasonic. Show all posts

Sunday, 29 March 2026

Panasonic DH-4HP1M water heater repair

Sebelum ini saya ada kongsikan pengalaman dirujuk 'water heater' dan anda boleh rujuk di sini.

DH-4HP1M 

Hari ini saya kongsikan satu lagi 'water heater' yang juga berjenama Panasonic namun model yang berbeza, DH-4HP1M dengan masalah kadang-kadang gagal berfungsi bila suis ditekan.

Setelah penutup dibuka...

'Water heater' model ini kuasanya lebih tinggi iaitu 4.8kW berbanding sebelum ini yang cuma 3.6kW sahaja.

Rintangan elemen pemanas 13.2Ω

Setelah dibuka serta diperiksa, masalahnya ialah pada micro switch seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Micro switch rosak...

Rating micro switch yang digunakan ialah 21A sebab kuasanya lebih tinggi. 'Water heater' yang kuasanya 3.6kW menggunakan micro switch 16A sahaja.

21A

Gambar di bawah ialah micro switch yang saya beli dan ianya lebih mahal serta jarang ada di pasaran.

D48X - 21A

Masalah 'water heater' ini selesai setelah dengan hanya menggantikan micro switch sahaja.

Gantikan micro switch yang baru...

Untuk pengetahuan semua, jika anda ada masalah serupa, pastikan gantikan dengan micro switch yang sama iaitu 21A. Baca label dan bukan lihat rupa luaran sahaja.

4.8kw

Soalan cepu emas saya kepada anda, jika micro switch 21A pun boleh rosak, berapa ampere suis yang diperlukan? Adakah suis yang sering digunakan 20A mencukupi?

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas dan bawah. 

Selamat berDIY... 

Friday, 20 March 2026

Panasonic DH-3KP1 water heater tidak panas

Banyak 'water heater' saya baiki serta kongsikan sebelum ini berjenama Joven dan hari ini berpeluang dirujuk sebuah berjenama Panasonic model DH-3KP1.

Panasonic DH-3KP1

Masalah sejagat 'water heater' ialah tidak panas dan gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalamnya setelah dibuka.

Setelah penutup dibuka...

Cara kerjanya serupa dengan 'water heater' berjenama Joven dan perbezaannya cuma pada reka bentuk serta komponen yang digunakan.

Tangki air...

Pemeriksaan awal menggunakan multimeter mendapati tiada keterusan pada elemen pemanas.

Tangki air baru...

Gambar di bawah menunjukkan keadaan elemen pemanas baru serta rosak dari 'water heater' ini.

Element pemanas baru & rosak...

Element pemanas yang rosak tidak dapat dibaiki dan harus diganti. Pastikan beli elemen pemanas yang sama mengikut nombor rujukan pada labelnya.

Gantikan elemen pemanas yang baru...

Masalah 'water heater' ini selesai setelah dengan hanya menggantikan elemen pemanas sahaja.

16Ω

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Saturday, 18 October 2025

Panasonic air conditioner remote control repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki alat kawalan jauh berjenama Panasonic dan anda boleh rujuk di sini.

Panasonic

Hari ini saya dirujuk 3 buah alat kawalan jauh serupa dengan masalah sama iaitu gagal berfungsi.

Buka penutup belakang...

Masalah sejagat alat kawalan jauh ialah akibat kebocoran bateri dan cecair bateri yang berasid atau berakali meresap ke papan litar adalah punca utama ianya gagal berfungsi.

Buka papan litar.... 

Gambar di bawah adalah kerosakkan pada salah sebuah alat kawalan jauh akibat cecair bateri. Asid/akali cecair bateri telah menghakis terminal kapasitor sehingga putus.

Kapasitor rosak...

Kerja rutin saya ialah bersihkan papan litar dan gantikan komponen yang rosak. Jika litar pada papan litar putus, saya perlu sambung kembali.

Gantikan kapasitor bari...

Tidak semua kerosakkan boleh dibaiki. Jika kerosakkan melibatkan keypad serta litar karbon tanggal ianya gagal dibaiki.

Litar karbon tanggal...

Gambar di atas adalah contoh litar karbon yang telah tanggal akibat daripada cecair bateri dan ianya gagal dibaiki sebab saya tiada kepakaran serta bahan untuk membuat serta sambung kembali. 

Siap...

Dua buah alat kawalan jauh berjaya dibaiki dan sebuah lagi gagal dibaiki berikutan litar karbon telah tanggal. 

Bagi mengelakkan kejadian bateri bocor, saya sarankan dari dulu, kini dan selamanya guna bateri karbon. Elak daripada guna bateri akali (alkaline battery) serta bateri tahan lasak (Heavy duty battery) pada alat kawalan jauh anda.

Renung-renungkan... 

Thursday, 5 June 2025

Panasonic RX-FS430 vintage radio cassette player

Hari ini saya dirujuk sebuah radio zaman 80/90an berjenama Panasonic, model RX-FS430 dengan masalah jarum frequensi radio tidak bergerak bila dilaras.

Untuk pengetahuan semua, radio kaset ini dilabel buatan Malaysia seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Jarum frequensi radio lama biasanya disambung dengan benang namun radio ini sedikit moden menggunakan gear plastik.

Masalah boleh dilihat dengan mata kasar pada gambar di bawah. Bahagian penyambung jarum yang bergigi telah patah.

Pada mulanya saya cuba sambung kembali bahagian yang patah menggunakan super glue namun tidak berhasil sebab sangat nipis serta rapuh.

Seterusnya saya sambungkan bahagian yang bergigi menggunakan 'cable tie' (bahagian berwarna hitam) seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Saya lakukan 'plastic welding' untuk menyambungkan bahagian yang patah dengan 'cable tie'.

Gambar di atas ialah IC audio yang digunakan dan rating speaker pula ialah 2.7Ω/10W seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Selamat berDIY...

Tuesday, 6 May 2025

Panasonic MK-F310 food processor

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah pengisar (food processor) berjenama Panasonic, model MK-F310 dengan masalah gagal berfungsi.

Panasonic MK-F310 food processor

Setelah dibuka dan diperiksa, saya tidak menemui komponen yang rosak namun ianya boleh berfungsi jika saya tekan suis keselamatannya secara manual.

Model: MK-F310

Setelah diuji berulang kali, saya dapati suisnya tidak dihidupkan sewaktu cawan dipasang kepada pengisar.

Pecah...

Pemeriksaan teliti dengan mata kasar akhirnya saya dapati penahan cawan pecah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Baiki dengan kaedah 'plastic welding'...

Bahagian yang pecah tersebut saya baiki dengan melakukan 'plastic welding' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Siap...

Masalah selesai setelah kesemua penahan yang pecah telah dibaiki serta diuji tanpa masalah. Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

 Selamat berDIY...

Saturday, 3 May 2025

Error H31 - Panasonic SR-CX108

Masalah periuk nasi ini telah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

H31

Seperti dijanjikan pada entri lepas, saya telah gantikan papan litarnya dengan yang baru berikutan tiada alat ganti IC yang rosak.

MB-P10(LV)-V01

Untuk makluman semua, sewaktu membeli papan litar ini melalui dalam talian, ianya dilabel untuk kegunaan periuk nasi jenama Media.

Bahagian bawah papan litar...

Saya yakin ianya papan litar yang sama sebab nombor rujukannya 100% sama iaitu MB-P10(LV)-V01 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Midea = Panasonic

Periuk nasi ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah papan litarnya telah diganti.

Gantikan papan litar...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Thursday, 24 April 2025

Panasonic SR-CX108 rice cooker

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah periuk nasi berjenama Panasonic model SR-CX108 dengan masalah tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Panasonic SR-CX108 cooker/warmer

Banyak periuk nasi sebegini telah saya baiki dan kongsikan sebelum ini dan namun masalah kali ini lebih mencabar.

Model: SR-CX108

Pemeriksaan awal menggunakan multimeter tidak menemui sebarang masalah bekalan elektrik dari plug-3-pin sehingga papan litar.

Setelah penutup bawah dibuka...

Jadi, masalahnya ialah pada papan litar. Periuk nasi ini dilengkapi dengan 2 keping papan litar iaitu PSU (power supply unit) atau juga dipanggil mainboard dan satu lagi papan litar 'controller' beserta dengan banyak butang suis

MB-P10(LV)-V01

Pemeriksaan pada mainboard mendapati ada litar pintas pada sebiji IC (integrated circuit) yang dilabel IC102 dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar pintas pada IC102

Nombor rujukan IC tersebut ialah SH79P084E dan masalah kali ini ialah gagal mendapat menemui alat gantinya.

SH79P084E

Bagi memastikan tiada masalah pada papan litar 'controller', saya putuskan bekalan 5v melalui sambungan VDD dan uji.

VDD - 5V

Periuk nasi boleh dihidupkan tanpa sambungan VDD namun gagal berfungsi dan berakhir dengan paparan kod H31.

Tanggalkan wayar VDD...

Menurut 'service manual', pengguna perlu rujuk kepada 'service center' dan dari 'troubleshooting' di atas, saya yakin masalahnya bukan pada papan litar 'controller'.

Error H31

Memandangkan tiada alat ganti IC yang ditemui rosak, periuk nasi ini hanya boleh kembali berfungsi jika 'mainboard' diganti.

Sehingga blog ini ditulis, saya masih lagi menunggu papan litar 'mainboard' yang dibeli melalui dalam talian dan saya akan kemaskini lagi jika berjaya dibaiki.

Selamat berDIY...

Monday, 31 March 2025

Panasonic NN-ST342M microwave oven repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman yang belum pernah lalui dirujuk microwave untuk dibaiki sebelum ini.

Jenama: Panasonic

Microwave yang dirujuk kali ini berjenana Panasonic, model NN-ST342M dan pemilik hanya khabarkan kepada saya ianya boleh dihidupkan namun tidak panas sahaja.

Sewaktu mengujinya, saya dapati microwave ini sangat senyap dan ianya boleh panas seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Model: NN-ST342M

Berdasarkan pengalaman lepas, saya telah perasan kehilangan sesuatu dari bunyi yang sangat senyap dan yang kedengaran hanya bunyi dengung dari HV transformer sahaja.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, akhirnya terjawab apabila saya dapati masalahnya pada kipas. Tiada keterusan apabila saya uji gegelung (coil) kipas tersebut menggunakan multimeter.

Keluarkan kipas...

Saya buka kipas tersebut dan kelihatannya sangat bersih serta tiada kesan yang meragukan seperti kesan terbakar atau panas melampau boleh dilihat dengan mata kasar.

Label kipas - 18W/240v/50Hz

Ini merupakan pengalaman pertama saya melibatkan kipas yang gagal berfungsi pada microwave. Memandangkan ujian menggunakan multimeter ialah tiada keterusan pada gegelung, tugas seterusnya ialah cari di mana ianya putus.

Coil putus...

Setelah puas membelek gegelung kipas tersebut, akhirnya saya menemui sambungan gegelungnya putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pateri kembali coil yang putus...

Masalah selesai setelah gegelung yang putus telah saya pateri kembali pada penyambungnya dan bacaan rintangan gegelung tersebut ialah kira-kira 435Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

435Ω

Untuk pengetahuan semua, fungsi kipas ini ialah untuk menyejukkan bahagian voltan tinggi (HV) iaitu magnetron dan HV transformer.

Microwave ini sedikit unik pada pengetahuan saya di mana apabila dibekalkan arus elektrik, apa yang terpapar pada indikator ialah 88:88 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Microwave ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan tambahan iaitu 'child lock'. Perkataan 'Child' terpapar pada skrin dengan menekan butang 'start' sebanyak 3 kali seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan pintu tidak dapat dibuka lagi.

Cara untuk memadamkan 'child lock' ialah dengan menekan butang 'stop/reset' sebanyak 3 kali sahaja.

Microwave ini berjaya diselamatkan dengan hanya menyambungkan gegelung kipas yang putus sahaja.

Klip video di bawah saya rakam setelah kipas telah dibaiki dan anda boleh bandingkan dengan klip video di atas yang kipasnya tidak berfungsi.

Selamat berDIY...