Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah periuk nasi berjenama Panasonic model SR-CX108 dengan masalah tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.
![]() |
Panasonic SR-CX108 cooker/warmer |
Banyak periuk nasi sebegini telah saya baiki dan kongsikan sebelum ini dan namun masalah kali ini lebih mencabar.
![]() |
Model: SR-CX108 |
Pemeriksaan awal menggunakan multimeter tidak menemui sebarang masalah bekalan elektrik dari plug-3-pin sehingga papan litar.
![]() |
Setelah penutup bawah dibuka... |
Jadi, masalahnya ialah pada papan litar. Periuk nasi ini dilengkapi dengan 2 keping papan litar iaitu PSU (power supply unit) atau juga dipanggil mainboard dan satu lagi papan litar 'controller' beserta dengan banyak butang suis
![]() |
MB-P10(LV)-V01 |
Pemeriksaan pada mainboard mendapati ada litar pintas pada sebiji IC (integrated circuit) yang dilabel IC102 dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di bawah.
![]() |
Litar pintas pada IC102 |
Nombor rujukan IC tersebut ialah SH79P084E dan masalah kali ini ialah gagal mendapat menemui alat gantinya.
![]() |
SH79P084E |
Bagi memastikan tiada masalah pada papan litar 'controller', saya putuskan bekalan 5v melalui sambungan VDD dan uji.
![]() |
VDD - 5V |
Periuk nasi boleh dihidupkan tanpa sambungan VDD namun gagal berfungsi dan berakhir dengan paparan kod H31.
![]() |
Tanggalkan wayar VDD... |
Menurut 'service manual', pengguna perlu rujuk kepada 'service center' dan dari 'troubleshooting' di atas, saya yakin masalahnya bukan pada papan litar 'controller'.
![]() |
Error H31 |
Memandangkan tiada alat ganti IC yang ditemui rosak, periuk nasi ini hanya boleh kembali berfungsi jika 'mainboard' diganti.
Sehingga blog ini ditulis, saya masih lagi menunggu papan litar 'mainboard' yang dibeli melalui dalam talian dan saya akan kemaskini lagi jika berjaya dibaiki.
Selamat berDIY...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.