Monday 30 November 2020

TOYOTA Hilux VIGO/FORTUNER fuel gauge repair

Hujung minggu lepas saya dirujuk sebuah 'instrument cluster' kereta Hilux TOYOTA VIGO buatan tahun 2013 dengan masalah tolok minyak (fuel gauge) tidak tepat.

Instrument cluster TOYOTA Hilux VIGO

Tidak tepat yang dimaksudkan ialah walaupun minyak di dalam tangki telah berkurangan namun tolok minyak masih tidak berubah atau hanya berubah sedikit.

14.11.2013

Pemilik pernah memandu sehingga kehabisan minyak sebab tolok minyak tersebut masih menujukkan ada suku tangki minyak lagi.

Fuel gauge

Begitu juga dengan tolok digital yang bersebelahan dengan jam pada 'dashboard' kereta yang juga tidak tepat. Sebelum 'instrument cluster' dibuka untuk dibaiki, bacaan pada tolok digital ialah 378km dan tolok minyak pula ialah pada garisan 'F'.

Buka 2 biji skru...

Hanya dua biji skru sahaja perlu dibuka pada belakang 'instrument cluster'. Setelah skru dibuka, umpil kesemua klip pada tepinya untuk mengeluarkan penutup belakangnya.

Umpil klip pada bahgian tepi...

Gambar di bawah menunjukkan penutup bahagian belakang telah dibuka dan semua komponen yang digunakan pada papan litar ialah jenis SMD.

Setelah penutup belakang dibuka...

Pemeriksaan awal dengan mata kasar tidak menemui sebarang komponen yang rosak. Kedudukan tolok minyak telah saya tandakan pada gambar di atas.

73.5Ω

Seterusnya saya memeriksa komponen dengan menggunakan multimeter dan menemui sebiji resistor berlabel R310 mempunyai bacaan yang meragukan. Label pada perintang tersebut ialah 221 atau 220Ω namun apabila diperiksa berulang kali, saya dapat dua bacaan berbeza seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

56.6Ω

Biasanya masalah sedemikian adalah disebabkan oleh 'cold solder joint' pada perintang tersebut. Ianya tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan hanya diketahui setelah diperiksa menggunakan multimeter.

Guna 'soldering tip' paling halus...

Cara untuk membaiki 'cold solder joint' ialah dengan mempateri semula sambungan pada kiri dan kanan perintang tersebut. Memandangkan perintang tersebut ialah jenis SMD, saya guna 'soldering tip' yang runcing supaya kemas dan tidak panas melampau sehingga boleh merosakkan perintang.

Siap...

Gambar di atas menunjukkan perintang yang berlabel R310 telah saya pateri menggunakan 'soldering tip' runcing/halus dan jika sekali pandang tiada yang tahu ianya telah saya baiki.

Testing... (56.4Ω)

Setelah siap dipateri dan diukur menggunakan multimeter, bacaannya kini ialah 56.4Ω sahaja walaupun diuji berulang kali. Tiada lagi bacaan 73.5Ω muncul-muncul seolah-olah telah menampakkan kejayaan di depan mata.

Mileage - 489km

Apabila 'instrument cluster' tersebut dipasang kembali pada kereta dan sejurus kunci kereta dihidupkan, perbezaan ketara boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah iaitu:-

  1. Bacaan tolok digital yang pada awalnya 378km kini ialah 489km.
  2. Jarum tolok minyak yang pada awalnya pada garisan 'F' kini telah turun di bawah garisan 'F'.
Tested - perfect...

'Instrument cluster' tersebut telah berjaya diselamatkan dan tidak perlu mengeluarkan ribuan ringgit untuk menukarkannya dengan yang baru.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan masalah sejagat 'instrument cluster' kereta TOYOTA buatan tahun 2012 sehingga 2014 termasuk model TOYOTA Fortuner.

Jika anda perlukan khidmat bantuan saya untuk membaiki tolok minyak dengan masalah sama seperti di atas, sila isi 'contact form' pada bahagian atas/kanan blog ini. Lokasi saya ialah di Miri, Sarawak.

Selamat mencuba...

11 comments:

  1. Nak tanya..apa mslh kalau fuel meter tu x menunjukkan warning myk nak habis tp meter masih menunjukkan ada myk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta apa? Ada beberapa kemungkinan.
      1. Pelampung dalam tangki rosak.
      2. Masalah pendawaiaan.
      3. PCB fuel meter perlu dibaiki.
      Lokasi saya di Miri, Sarawak

      Delete
  2. Kereta saya hilux vigo 3. Tahun 2014

    ReplyDelete
  3. Sekarang ini myk full tank tapi reading data 488km

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantar meter kepada saya jika perlu dibaiki. Saya berada di Miri, Sarawak.

      Delete
  4. Sine location di miri atau contact no?

    ReplyDelete
  5. Minta bantuan kalau seluruh meter tak berfungsi waktu pagi , kena tggu hingga dalam cabin panas baru berfungsi seperti biasa , Hilux kun25 tahun 2005

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh periksa wayar sambungan ke meter dulu, kalau semua elok, masalahnya pada pcb meter.

      Delete
  6. Apa masalah kereta ( vigo 2010), bacaan kilometer, fuel gauge dan bacaan lain pada dasboard apabila kereta dihidupkan awal pagi. (6.00am) kalau dihidupkan tengah hari bacaan pada dasboard normal. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua masalah dan kerosakkan tidak sama, kalau nak baiki boleh hantar kepada saya untuk diperiksa serta baiki. Saya berada di Miri, Sarawak.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.