Saturday 7 November 2020

ebm-papst fan Motor repair

Hari ini saya dirujuk sebiji motor yang berfungsi untuk mengerakkan kipas berjenama ebm-papst dengan keupayaan 10W.

ebm-papst fan motor

Menurut pemilik, motor tersebut tidak berpusing walaupun telah dibekalkan arus elektrik.

Jenama: ebm-papst

Apabila saya ukur dengan multimeter pada wayar N(neutral) dan L(live), tiada 'continuity' dan ianya perlu dibuka untuk pemeriksaan.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, jelas kelihatan salah satu sambungan pada 'stator' putus dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Wayar stator putus...

Wayar stator yang putus merupakan sambungan di antara dua gegelung stator bersebelahan dan puncanya putus ialah disebabkan telah terhakis/teroksida akibat terkena bahan kimia berasid. Keadaannya serupa dengan terminal bateri kereta yang telah teroksida oleh cecair bateri yang berasid (H2SO4).

Bahagian yang putus...

Oleh kerana bahagian yang terputus terlalu pendek dan tidak mampu disambung kembali, saya terpaksa buka satu gelung pada stator dan lepas itu kikis penyalut luarannya sebelum disambung semula seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung kembali...

Setelah wayar stator diatas disambung, ukur dengan menggunakan multimeter untuk memastikan sambungannya elok dan akhir sekali paterikan bahagian yang disambung supaya tidak longgar atau tertanggal sebab motor akan bergetar ketika digunakan.

Pateri bahagian sambungan...

Bacaan rintangan pada kesemua gegelung wayar stator ialah 175.6Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Motor tersebut telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula dan tiada kerosakkan lain selain wayar stator yang putus di atas.

rintangan stator - 175.6Ω

Klip video di bawah saya ambil ketika menguji motor tersebut setelah siap dibaiki. Motor seperti ini sama seperti motor kipas biasa namun kelajuannya lebih perlahan berbanding kipas biasa disebabkan hanya mempunyai 4 sektor sahaja pada stator.

Semakin banyak sektor pada stator, semakin lancar serta laju sesebuah motor kipas.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.