Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah lampu kecemasan yang hanya setahun digunakan dengan masalah tidak menyala langsung walaupun telah dibekalkan arus elektrik mahupun ketika kecemasan (bekalan elektrik terputus).
![]() |
SHINZ SK-16-M |
Ianya berjenama SHINZ, Model: SK-16-M dan berkemampuan menyala selama 3 jam dengan menggunakan kuasa bateri yang dibekalkan di dalamnya.
![]() |
Model: SK-16-M |
Lampu kecemasan ini hanya menggunakan dua biji bateri sahaja berbanding dengan jenama lain yang biasanya menggunakan tiga biji bateri.
![]() |
2 biji bateri sahaja... |
Apabila dibuka untuk membuat pemeriksaan, hanya sekeping papan litar sahaja selain daripada bateri serta lampu LED yang ada pada lampu kecemasan tersebut.
![]() |
Periksa papan litar... |
Pemeriksaan menyeluruh hanya menemui sebiji schottky diod berlabel D6 pada papan litar didapati rosak (litar pintas) dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
![]() |
Litar pintas pada diod D6 (SR260) |
Label pada schottky diod tersebut pula ialah SR260 dan nilainya ialah 2A, 60v. Anda boleh rujuk datasheet schottky diod tersebut di sini.
![]() |
Schottky diode SR260 (2A, 60V) |
Setelah schottky diod tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, lampu kecemasan tersebut kembali berfungsi dan masih boleh digunakan.
![]() |
Gantikan diod baru... |
Apabila saya ukur voltan yang merentasi schottky diod tersebut, bacaan yang saya dapat cuma 6v sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
Voltan pada diod D6 (SR260) cuma 6v sahaja... |
Bacaan 6v merentasi schottky diod tersebut hanya ketika ada bekalan elektrik sahaja. Tiada bacaan ketika bekalan elektrik putus dan menggunakan kuasa bateri.
![]() |
Tested - ok |
Lampu kecemasan ini juga dilengkapi butang reset/off pada bahagian tepinya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Butang tersebut boleh memadamkan lampu kecemasan ketika bekalan elektrik terputus atau tidak digunakan. Anda cuma perlu tekan butang reset/off kira-kira 3 saat dan lepaskannya selepas itu untuk memadamkan lampu kecemasan.
![]() |
Butang untuk test/off |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.