Wednesday, 11 November 2020

Quartz clock repair

Sebelum ini saya pernah membaiki jam dinding jenis quartz dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Jam quartz...

Pagi ini saya dirujuk sebuah lagi jam dinding jenis quartz dengan masalah tidak berfungsi walaupun baterinya telah ditukar.

Bahagian belakang jam...

Seperti biasa, saya akan periksa voltan pada bateri dan ianya masih elok iaitu melebihi 1.5v.

Buka jarum jam dahulu...

Seterusnya saya buka jam tersebut. Saya mulakan dengan membuka kesemua jarum jam dan seterusnya keluarkan bahagian yang terpenting seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Buka bahagian penting pada jam...

Setelah dileraikan barulah saya terjumpa punca yang menyebabkan jam tersebut tidak berfungsi. Jika anda lihat gambar di bawah, jelas kelihatan salah satu terminal penyambung kepada bateri telah teroksida dan berwarna kehijauan.

Sambungan tidak elok...

Masalah sedemikian sering berlaku disebabkan pemilik menggunakan bateri yang tahan lasak dan berakhir dengan kebocoran bateri. Cecair bateri yang bocor telah meresap ke bahagian papan litar dan menyebabkan bahagian logam teroksida yang seterusnya mengakibatkan arus elektrik tidak dapat mengalir melaluinya.

Bersihkan guna kertas pasir...

Apa yang anda perlu buat ialah bersihkan terminal yang teroksida dengan kertas pasir dan jika perlu, anda boleh pateri permukaan yang telah dibersihkan supaya sambungan lebih mantap seperti telah saya lakukan dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pateri permukaan terminal...

Setelah berpuas hati, pasang kembali kesemua komponen yang telah dileraikan sebelumnya dan pastikan kerja-kerja memasang dibuat berhati-hati sebab ianya halus dan mudah rosak.

Rintangan pada coil - 129Ω

Pastikan juga jarum jam yang dipasang kembali tidak bersentuhan di antara satu sama lain seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pasang kembali & siap...

Jam dinding tersebut telah berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula seperti boleh dilihat pada klip video di bawah. 

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.