Wednesday 18 November 2020

CETRON WA-388R phone repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah telefon sistem pengera BOMBA pada bangunan komersial berjenama CETRON, Model: WA-388R dengan masalah 'tiada bunyi' bila ganggang di angkat.

CETRON WA-388R

Telefon tersebut kelihatan lusuh dan ada beberapa bahagian yang telah berkarat seperti boleh pada gambar di atas.

Setelah penutup di buka...

Apabila dibuka, bahagian dalam juga ada yang telah berkarat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Buka papan litar...

Benda pertama yang saya temui perlu diperbetulkan ialah sambungan wayar yang tidak mengikut warna seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Wayar tak sambung ikut warna...

Walaupun wayar tersebut tidak mengikut warna yang ditanda pada papan litar namun boleh berfungsi sebelum ini sebab gabungan wayar untuk speaker dan mikrofon betul dan cuma sambungan terbalik sahaja iaitu:-

  1. Mikrofon - putih dan kelabu
  2. Speaker - merah dan biru
Betulkan sambungan...

Saya betulkan kembali sambungan wayar mengikut warna yang tertera pada papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Suis berkarat...

Seterusnya saya membuat pemeriksaan pada komponen di papan litar dan menemui suis ganggang tidak berfungsi bila ditekan atau dilepaskan.

Berkarat...

Saya buka suis tersebut dan salah satu suis telah berkarat serta berwarna kehijauan seperti pada gambar di atas.

Pasang kembali...

Punca kerosakkan telah ditemui dan saya cuma perlu bersihkan suis yang berkarat dengan menggunakan 'contact cleaner' dan dipasang kembali. Telefon tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Siap...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.