Sunday, 8 November 2020

TV LED SAMSUNG UA40H4200 - ada suara tetapi tiada gambar/layar

Sebelum ini saya pernah membaiki TV seperti ini dan anda boleh dujuk di sini.

SAMSUNG UA40H4200AR

Kali ini saya dirujuk TV yang serupa namun kerosakkan yang berbeza. Masalah TV ini ialah ada suara namun tiada layar.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya ialah pada papan litar yang di namakan sebangai 'T-con board' dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

'T-con board' rosak...

Papan litar T-con disambung kepada layar/skrin melalui COF (chip on film) dan boleh dilihat pada gambar di bawah. Masalah seperti ini pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

COF (Chip on film)

Jika anda rujuk kepada agen SAMSUNG, mereka akan memberitahu anda skrin TV anda rosak dan perlu ditukar. Gambar berikut menunjukkan kos untuk menukar skrin yang saya perolehi dari agen SAMSUNG. 

Kos menukar skrin baru

Sehingga blog ini ditulis, saya belum pernah menukar papan litar yang melibatkan sambungan COF sebab tidak mempunyai kepakaran serta kelengkapan. Jika anda ingin mencuba secara manual, anda boleh rujuk kepada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.