Sunday 1 November 2020

Blue Moon

'Blue moon' merujuk kepada bulan purnama ke-2 dalam sebulan dan jarang-jarang terjadi. Ianya cuma tiba sekali dalam dua hingga tiga tahun. Kali terakhir 'blue moon' ialah pada 31.03.2018, 31.01.2018 serta 31.07.2015.

Walaupun fenomena ini dinamakan 'blue moon' namun warna bulan tetap sama cerah seperti biasa dan bukan berwarna biru.

31.10.2020

Bulan purnama pertama di bulan oktober tahun 2020 ialah pada 01.10.2020 dan semalam merupakan bulan purnama ke-2 dalam bulan oktober iaitu 31.10.2020. Di sesetengah tempat (UTC+9), 'blue moon' ialah pada 30.11.2020. Ini bermaksud tahun ini 'blue moon' ialah pada bulan oktober atau november mengikut tempat masing-masing.

Jika fenomena 'blue moon' berlaku, jumlah bulan purnama pada tahun tersebut ialah 13. 

'Blue moon' akan datang ialah pada:-

  • 31.01.2023
  • 31.05.2026
  • 31.12.2028
  • 30.09.2031
  • 31.07.2034
  • 31.01.2037
  • 31.03.2037
Jika anda pernah mendengar orang berkata 'once in a blue moon', sudah pasti anda akan lebih faham maksudnya sekarang...

 

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.