Tuesday 10 November 2020

T5 8w Fluorescent tube

Lampu dinding seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Lampu dinding...

Kali ini saya dirujuk lagi sebuah lampu dinding yang serupa menggunakan ballast 8W namun lampu fluorescentnya tidak mempunyai sebarang label.

Ballast 8W

Benda pertama yang saya periksa ialah tiub fluorescent dengan menggunakan multimeter dan mendapati salah satu terminalnya tidak mempunyai 'continuity'.

ada bacaan - elok

Tiada 'continuity' bermaksud filamen di dalamnya telah putus dan mengesahkannya telah rosak serta harus diganti.

tiada bacaan - putus

Masalah yang saya hadapi kali ini ialah tiada saiz tiub fluorescent yang sama di pasaran dan tiub fluorescent 8W yang biasa ialah jenis T5. Gambar di bawah menunjukkan perbezaan tiub fluorescent lama dengan T5 dan ianya sedikit pendek berbanding tiub fluorescent asal.

fluorescent tube baru lebih pendek...

Lampu T5 tersebut menyala apabila diuji dan ianya boleh digunakan untuk menggantikan tiub asal yang telah rosak.

Tested - ok

Sehingga blog ini ditulis, tiada aduan setakat ini dan telah lebih seminggu digunakan.

Fluorescent lama - 28Ω

Perbezaan yang saya temui setelah diperiksa ialah rintangan filamen tiub lama dan baru berbeza seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah. Walaupun berbeza pada bacaan rintangan namun kuasa/keterangan adalah sama iaitu 8W.

Fluorescent baru - 12Ω
 Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.