Saturday, 14 November 2020

TV CRT LG 29FU1RLX-T1 ada suara tiada layar

Banyak TV CRT pernah dan telah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

29FU1RLX-T1

Semalam saya dirujuk sebuah TV jenis CRT berjenama LG, Model: 29FU1RLX-T1 lagi dengan masalah tiada layar namun ianya boleh dihidupkan dan ada suara ketika diuji sebelum dibuka untuk membuat pemeriksaan.

Papan litar...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, komponen yang rosak ialah sebiji kapasitor voltan tinggi yang berlabel 471 1kv yang putus salah satu terminalnya.

Kapasitor 471 1kv hangus...

Kapasitor tersebut telah hangus dan pecah setelah saya keluarkan dari papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Hangus dan hancur (471 1kv)

Setelah kapasitor tersebut diganti dan diuji, masalah tetap sama iaitu boleh dihidupkan, ada suara namun tiada layar/gambar.

Kapasitor 471 1kv baru...

Saya buka semula papan litarnya dan pemeriksaan mendapati terdapat 'cold solder joint' pada 'vertical output ic' yang berlabel LA718141 dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

LA78141 rosak...

Saya periksa komponen berdekatan dan tiada yang rosak ditemui. Saya buka 'vertical output ic' serta periksa menggunakan mutimeter.

Sapu 'thermal paste'...

Pemeriksaan mendapati ada litar pintas pada pin nombor 6 dan 7 dan ianya rosak serta harus di ganti.

Siap...

Setelah 'vertical output ic' tersebut saya ganti dan diuji, kini TV tersebut boleh dinyalakan semula dan telah berjaya diselamatkan.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.