Tuesday 17 November 2020

National Microwave Oven NN-9853 repair

Microwave ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

National NN-9853 microwave oven

Kali ini ianya dirujuk semula kepada saya dengan masalah boleh dihidupkan bila dibekalkan arus elektrik serta lampu menyala namun tidak berfungsi termasuk piring juga tidak berpusing dan tidak panas.

Model: NN-9853

Microwave oven ini telah berusia lebih 20 tahun dan ianya adalah buatan Jepun.

Suis pintu rosak...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya menemui sebiji suis pada pintu bahagian atas rosak dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di atas. Gambar di bawah saya ambil setelah suis tersebut dibuka dan kelihatan salah satu terminalnya berwarna kehitaman mungkin disebabkan ada percikan api.

Suis rosak dikeluarkan...

Klip video di bawah saya ambil ketika menguji suis tersebut menggunakan multimeter dan ianya tiada 'continuity' sebelum dan selepas suis ditekan, namun ketika suis ditekan/dilepaskan ada sedikit 'continuity' dan jarum multimeter bergerak sedikit.

Suis yang elok seharusnya mempunyai 'continuity' apabila suis ditekan dan tiada 'continuity' apabila suis dilepaskan.

suis tidak ditekan - tiada 'continuity'

Gambar di atas serta di bawah menunjukkan tiada 'continuity' sebelum dan selepas suis ditekan dan ini mengesahkan suis tersebut rosak dan harus ditukar.

Setelah suis ditekan - juga tiada 'continuity'

Ketika membeli suis yang baru, pastikan anda memilih suis dengan nilai ampere yang sama atau hampir sama. Gambar di bawah menunjukkan suis baru yang saya beli dengan nilai 15A berbanding suis asalnya 16A.

Atas: suis rosak, Bawah: suis baru

Klip video di bawah menunjukkan perbezaan suis yang rosak dan suis yang elok bila di uji menggunakan multimeter.

Microwave tersebut berjaya diselamatkan setelah ditukar 'interlock switch' dan ianya masih boleh digunakan semula.

Jika anda berhajat membeli secara atas talian, nama suis tersebut ialah 'snap action switch' atau 'micro switch'.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.