Sunday, 15 November 2020

BLAUPUNKT QUADRO AMPLIFIER repair

Amplifier ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

BLAUPUNKT QUADRO

Kali ini pemilik merujuk kembali semula dengan masalah yang sama iaitu 'output speaker' yang sama mengeluarkan suara yang lemah berbanding dengan 3 yang lain.

Setelah penutup bawah dibuka...

Amplifier ini menggunakan 4 biji IC Toshiba TA7250BP untuk keempat-empat 'output speaker'nya. Pemeriksaan awal mendapati bahawa rintangan pada 'output speaker' yang bermasalah itu berbeza serta lebih tinggi dan telah saya tandakan pada gambar di atas iaitu 1.8kΩ berbanding 1.6kΩ pada 3 yang lain.

1.8

Apabila saya jejaki litarnya, ianya berpunca dari salah sebiji IC seperti boleh dilihat pada gambar di atas di mana bacaannya lebih tinggi dari yang lain sebanyak 0.2kΩ atau 200Ω.

Guna IC Toshiba TA7250BP

Oleh kerana keempat-empat ICnya adalah sama, maka saya bandingkan ukurannya menggunakan multimeter dan juga tidak menemui sebarang perbezaan serta kerosakkan.

Cold Solder Joint...

Ketika saya membuat perbandingan ukuran berulang kali, kadang-kadang dapat pula bacaan 1.6kΩ dan kadang-kadang kembali kepada 1.8kΩ semula pada terminal yang sama.

Seterusnya saya berhajat mengeluarkan IC yang bermasalah tersebut untuk pemeriksaan lanjut. Ketika saya memedut timah pada terminal pertama sebelah kanan seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas, saya dapati paterinya tidak melekat.

Seterusnya saya buang kesemua pateri pada kesemua terminal IC tersebut, bersihkan dan pateri kembali. Gambar di atas saya ambil setelah kerja-kerja pateri semula telah siap.

1.6kΩ
BLAUPUNKT QUADRO AMPLIFIER repair

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Percaya atau tidak, setelah kerja membuang pateri serta pateri semula siap dan diperiksa, bacaan multimeter kini ialah 1.6kΩ dan bukan 1.8kΩ lagi pada terminal yang sama seperti boleh dilihat sebelumnya pada gambar di atas.

Seterusnya saya periksa semula pada bahagian 'output speaker' yang pada awalnya mendapat bacaan 1.8kΩ kini juga 1.6kΩ sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

1.6

Kesimpulan penemuan di atas ialah, terdapat 'cold solder joint' pada terminal IC yang bermasalah. 'Cold solder  joint' adalah berpunca daripada fenomena panas dan sejuk yang berulang-ulang. IC tersebut akan panas ketika digunakan dan sejuk kembali ketika tidak digunakan. Proses panas dan sejuk berulang-ulang selama melebihi 20 tahun itu berakhir dengan 'cold solder joint'.

Walaupun tiada komponen yang rosak ditemui namun keseluruhan proses 'troubleshooting' menelan masa kira-kira 2 jam. Masalah output yang lemah di atas telah selesai dan amplifier tersebut kembali berfungsi semula seperti biasa.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.