Ketuhar gelombang mikro (microwave) ini berjenama Panasonic, Model: NN-CD997S dirujuk kepada saya sebelum PKP berkuatkuasa dengan masalah tidak dapat digunakan.
Panasonic NN-CD997S |
Microwave ini menggunakan teknologi inverter dan perbezaannya dengan microwave konventional ialah semua komponen HV (high voltage) iaitu HV transformer, HV fuse, HV capacitor serta HV diode digabungkan pada sekeping papan litar yang dinamakan sebagai inverter.
Ketika saya mengujinya, microwave tersebut padam sejurus sahaja butang 'start' ditekan dan mengeluarkan kod H97.
Model: NN-CD997S |
Menurut 'service manual' kerosakkan yang melibatkan kod H97 adalah berkaitan dengan magnetron, inverter atau suis pada pintu. Pemeriksaan awal pada kesemua suis pintu tidak menemui sebarang kerosakkan.
Setelah penutup dibuka... |
Seterusnya saya periksa magnetronnya dengan menggunakan multimeter dan juga tidak menemui sebarang kerosakkan. Kemudian saya cuba menukar magnetronnya dengan magnetron yang sah elok namun kurang panas dari artikel di sini.
Magnetron rosak (2M261-M1) |
Percubaan menukar magnetron di atas berhasil dan ianya tidak lagi padam serta juga tidak mengeluarkan kod H97 seperti boleh ditonton pada klip video yang saya rakam di bawah.
Kerja 'troubleshooting' selesai dan saya cuma perlu membeli magnetron baru dengan nombor rujukan 2M261-M1 bagi menggantikan yang rosak.
Magnetron baru (kiri) |
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.