Pada 26/11/2020 yang lepas akaun Clash of Clans (COC) saya telah dilarikan seseorang sebab saya ditipu tanpa disedari.
Clash of Clans |
Ceritanya begini, pada pagi tersebut ada seseorang yang memperkenalkan diri dengan nama siti hafizah masuk ke dalam klan saya dan meninggalkan pesan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Pencuri akaun COC |
Setelah diperiksa akaunnya iaitu TH11, saya berminat dan meminta beliau memberikannya kepada saya jika masih belum berpunya melalui whatsapps. Tanpa disedari saya sebenarnya telah ditipu oleh beliau secara tersusun yang meminta saya mendaftar 'supercell ID' dan memasukkan e-mail beliau iaitu sitihafizah121@gmail.com. Akhir sekali beliau memberi nombor kod kepada saya melalui whatsapps.
Setelah saya masukkan nombor kod tersebut, akaun saya telah dilarikan oleh dia dan saya tidak dapat menghubunginya lagi.
Ini merupakan pengalaman yang sangat pahit dan tidak boleh diterima oleh saya sebab sepatutnya saya dapat akaun beliau namun sebaliknya akaun saya pula yang dilarikan.
Dalam setting pilih 'help and support' |
Oleh kerana akaun saya telah didaftarkan atas email si pencuri, saya tidak mungkin dapat kembali akaun COC saya sebab kod akan dihantar kepada email si pencuri.
Cara untuk dapatkan kembali akaun COC yang telah dicuri ialah, 'uninstall' dan 'install' semula apps COC. Masuk semula ke apps COC dan anda akan mula dari 0. Seterusnya anda klik 'setting' dan dalam 'setting' anda klik 'help and support'.
Seterusnya anda cari serta klik 'contact us' dan masukkan maklumat yang diminta dengan tepat iaitu:-
- Tag akaun COC anda
- Nama akaun anda
- Level TH anda
- Nama klan anda (jika anda)
- Akhir sekali anda ceritakan bagaimana akaun anda dicuri.
Pilih 'contact us' |
Lepas itu kena tunggu sehingga pihak COC selesai meneliti maklumat anda. Dari masa ke semasa, masuk semula mengikut langkah di atas untuk periksa tindakan seterusnya dari pihak COC.
Jika pihak COC berpuashati, mereka akan meminta anda memberikan email untuk pendaftaran 'supercell ID'. Pastikan anda berikan email yang belum pernah didaftarkan pada mana-mana 'supercell ID'.
Setelah pihak COC selesai menukar email pencuri kepada email anda, anda masuk semula apps COC dan kini kod akan dihantar kepada email yang anda berikan kepada mereka.
Dapatkan kod tersebut dari email anda dan masukkan ke dalam ruangan 'supercell ID'. Bingo!!! Saya dapat akaun saya semula.
Klan pencuri dah kosong, semua saya 'kick'... |
Setelah saya dapat semula akaun saya, saya dapati saya telah diberi pangkat 'co-leader' pada klan si pencuri. Dengan geramnya saya 'kick' kesemua ahli pada klan tersebut dengan alasan 'akaun dicuri' dan setelah kesemuanya telah saya 'kick' saya kembali semula ke klan asal saya.
Peringatan kepada saya sendiri dan orang ramai, jangan terpengaruh dengan benda-benda percuma, peluang ditipu sangat-sangat tinggi.
Fikir-fikirkan...
berapa lama proses untuk dapakan kembali acc tu tuan
ReplyDeletePeriksa dari masa ke semasa, biasanya pihak supercell akan respond dalam beberapa jam setelah menghubungi mereka.
ReplyDeletebila klik supercell support tu otto yang jawab, saya tunggu human respond tapi senyap je, lepas tu minta recovery code, scammer tu dah tuka email lain
ReplyDeleteIsi semua tempat kosong & hantar, lepas itu dari masa ke semasa periksa semula.
ReplyDeleterasa macam tak dapat balik tuan, puas saya chat kat support, otto yg jawab, tuan masih main lagi ke sekarang, kalau tgk kat youtube content creator tgh bayk problem
ReplyDeleteMasih, saya ada 10 akaun. War semua saya 'one man show'.
Deletesaya pon macam dah tawar hati dah nak main, tk macam ramai dah tak main lagi
ReplyDeleteAkaun saya yang kena hijack dulu, kini TH16 tinggal pagar saja belum habis upgrade.
Delete