Showing posts with label Minibar. Show all posts
Showing posts with label Minibar. Show all posts

Sunday, 8 December 2024

JVD DR30-DCB minibar PCB repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki minibar seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

PCB minibar

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi minibar serupa dengan masalah tidak sejuk. Pemeriksaan pada papan litar mendapati sebiji kapasitor telah kembung seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor yang kembung...

Nilai kapasitor yang rosak tersebut ialah 330uf, 25v.

Kapasitor 330uf, 16v yang rosak...

Masalah tidak sejuk pada minibar ini selesai setelah dengan menggantikan kapasitor yang kembung di atas sahaja.

Pasang PCB ke minibar...

Minibar ini mempunyai dua ruangan pada bahagian dalam iatu bahagian beku pada sebelah atas dan suhunya boleh mencecah -5°C.

Thermostat serta sensor juga terletak pada bahagian dalam minibar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

-5.1°C

Selamat berDIY...

Sunday, 16 April 2023

JVD DR30-DCB minibar repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk minibar seperti ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: JVD

Hari ini saya kongsikan pengalaman baharu dirujuk minibar serupa dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Model: DR30-SCB

Pemeriksaan awal mendapati ada kesan letupan komponen pada papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kesan meletup di bawah papan litar...

Selain kesan leptupan, satu litar yang disambung kepada terminal lampu (lamp) juga putus seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Litar putus pada papan litar...

Kesan letupan tersebut adalah berpunca dari litar pintas berlaku pada sebiji triac yang berlabel BTA208-600D dan lokasinya telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Litar pintas tiac BTA208-600D

Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui sebarang kerosakkan lain selain litar putus serta litar pintas pada sebiji triac sahaja.

Gantikan triac yang baharu...

Gambar di atas menunjukkan triac telah saya gantikan dengan yang baharu dan gambar di bawah menunjukkan litar yang putus telah saya sambung kembali menggunakan wayar.

Sambung litar yang putus...

Minibar ini berjaya diselamatkan setelah kerosakkan di atas telah saya baiki dan ianya masih boleh digunakan semula.

rintangan sensor suhu - 2kΩ

Kesimpulan kerosakkan di atas adalah disebabkan litar pintas berlaku secara tidak sengaja sewaktu menukarkan lampu di dalam minibar sebab litar ke bahagian lampu putus.

rintangan elemen pemanas - 758Ω

Untuk pengetahuan semua, bekalan elektrik ke lampu LED di dalam minibar ialah 240vac, jadi pastikan anda padam suis sebelum menukarkan lampunya untuk mengelak daripada direnjat elektrik.

Selamat berDIY...

Saturday, 5 March 2022

Dometic RH131LD minibar repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah minibar berjenama Dometic, model: RH131LD dan hanya diberitahu ianya rosak sahaja.

Dometic RM131LD

Peti sejuk seperti ini tidak menggunakan kompresor dan menggunakan elemen pemanas (heater). Gas yang digunakan juga berlainan daripada peti sejuk yang menggunakan kompressor.

Model: RM131LD

Pemeriksaan awal pada elemen pemanas masih elok dengan bacaan rintangan 672Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Elemen pemanas masih elok - 672Ω

Thermostat yang digunakan juga masih elok dan ada keterusan apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter.

Suis melekat di dalam...

Seterusnya saya dapati lampu di dalamnya tidak dipasang dan suis pintu gagal melantun kembali apabila dilepaskan selepas ditekan.

Ada kesan percikan api...

Setelah suis dibuka, saya dapati ada kesan percikan api dan berwarna hitam pada bahagian di mana mentol dipasang seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Leraikan suis...

Apabila suis dileraikan, saya dapati springnya pendek serta gagal menolak suis kembali apabila dilepaskan setelah ditekan.

Spring pendek & tak kuat...

Apa yang saya lakukan ialah saya tarik spring tersebut supaya sedikit lebih panjang dan lebih elastik serta boleh mengembalikan suis semula apabila dilepaskan setelah ditekan.

Tarik untuk panjangkan spring...

Klip video di bawah saya rakam ketika menguji suis setelah diselengara iaitu hanya dengan memanjangkan sedikit springnya.

Minibar ini berfungsi tanpa masalah ketika saya uji setelah dengan hanya menyelengara suis pintu sahaja.

Pasang balik...

Saya berpendapat kesan letupan pada suis adalah disebabkan pemilik menukar mentol tanpa memadamkan minibar terlebih dahulu dan litar pintas berlaku. Mungkin pemilik trauma selepas itu dan meminta ianya diperiksa.

Selamat mencuba...

Saturday, 10 April 2021

DOMETIC HiPro 3000 minibar with blinking LED repair

Banyak artikel membaiki masalah minibar berjenama DOMETIC HiPro 3000 ini telah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Papan litar...

Hari ini saya kongsikan satu lagi penemuan baharu masalah minibar ini dengan lampu LED di dalamnya sering berkelip-kelip setelah sehari atau selang beberapa hari ianya telah di 'reset'.

Apabila lampu LED telah berkelip-kelip, minibar ini tidak berfungsi lagi dan ianya juga tidak sejuk.

Kapasitor 100uF, 25v...

Pemeriksaan pada papan litar hanya menemui sebiji kapasitor yang nilainya telah berbeza melebihi 10% dari sepatutnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor baru...

Setelah kapasitor yang nilainya 100uF, 25v telah saya gantikan dengan yang baharu serta diuji, masalah lampu LED didalamnya yang sering berkelip-kelip selesai.

Tested - ok

Sehingga blog ini ditulis, minibar tersebut telah diuji selama hampir seminggu dan tiada kejadian lampu LED didalamnya berkelip-kelip berulang sepanjang tempoh percubaan tersebut.

Automatic defrost...

Gambar di atas saya ambil dari 'user manual' memberitahu kita bahawa minibar ini akan menjalani proses 'defrost' setiap 22 jam selama 2 jam tiap-tiap hari. Jika minibar baru dipasang, proses 'defrost' yang pertama ialah selepas 39 jam.

Selamat mencuba...

Wednesday, 10 March 2021

DOMETIC HiPro 3000 minibar repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki minibar berjenama DOMETIC, model HiPro 3000 dengan masalah tidak panas.

DOMETIC minibar...

Seperti biasa saya akan periksa papan litar serta sensor yang ada namun kesemuanya elok serta tidak rosak.

PCB masih elok...

Pemeriksaan pada elemen pemanas mendapati ianya tiada 'continuity' dengan menggunakan multimeter. Jika tiada 'continuity' pada elemen pemanas, biasanya putus dan tidak dapat dibaiki.

Buka penebat haba...

Elemen pemanas terletak di dalam bahagian yang telah saya tandakan pada gambar di atas. Cara membukanya ialah seperti boleh dilihat pada gambar-gambar berikut.

Buka penutup atas...

Mula-mula buka penutup bahagian atas serta bawahnya.

Buka penutup bawah...

Seterusnya buka kepingan aluminium supaya elemen pemanasnya kelihatan.

Buka kepingan aluminium...

Gambar di bawah menunjukkan elemen pemanas yang telah saya keluarkan dan ianya putus pada terminal penyambung.

Elemen pemanas rosak...

Selelah diperiksa dengan menggunakan multimerter, elemen pemanas lama sah tidak dapat dibaiki sebab telah putus dan tiada 'continuity'.

Tukar elemen pemanas yang baru...

Rintangan pada elemen pemanas yang baru ialah 771Ω apabila diukur dengan menggunakan multimeter.

771Ω
Minibar tersebut kembali berfungsi setelah dengan hanya menukarkan elemen pemanas sahaja seperti di atas.
Tested - ok

Peringatan kepada semua, pastikan anda menggunakan glove ketika membuka elemen pemanas sebab penebat haba yang digunakan untuk membungkusnya mengandungi miang seperti buluh dan sangat gatal jika melekat pada kulit kita.

Selamat mencuba...

Friday, 12 February 2021

DOMETIC HiPro 3000 minibar repair

Masalah minibar ini ketika dirujuk kepada saya ialah lampu di dalamnya berkelip-kelip serta tidak sejuk.

DOMETIC HiPro 3000

Pemeriksaan awal dengan mata kasar mendapati wayar sensor kelihatan berwarna kehitaman seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

wayar sensor hangus...

Pemeriksaan pada sensor menggunakan multimeter mendapati bacaan rintangan yang seharusnya 10kΩ cuma 3.3kΩ sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Ω

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Ω

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Ω

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
3.3kΩ sahaja

Lampu yang berkelip-kelip di atas adalah disebabkan bacaan rintangan pada sensor terlalu jauh berbeza serta di luar julatnya.

sensor baru - 10kΩ

Setelah sensor tersebut telah saya gantikan dengan yang yang baru dan diuji, lampu di dalamnya tidak berkelip-kelip lagi namun ianya masih tak sejuk setelah berjam-jam diuji.

Lampu tak berkelip lagi...

Seterusnya saya buka papan litar dan periksa menggunakan multimeter namun juga tidak menemui sebarang komponen yang rosak. Pandangan kasar pada papan litar mendapati bahawa beberapa komponen yang telah saya tandakan pada gambar di bawah kelihatan ada kesan akibat panas dan kekuningan.

PCB

Komponen yang panas biasanya boleh menyebabkan 'cold solder joint' dan apa yang saya lakukan ialah pateri semula kesemua komponennya pada bahagian bawah papan litar.

Belakang PCB...

Masalah tidak sejuk selesai setelah saya mempateri semula pada PCB seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Selamat mencuba...

Thursday, 14 January 2021

DOMETIC HiPro 3000 minibar repair

Hari ini saya dirujuk sebuah minibar berjenama DOMETIC, Model: HiPro 3000 dengan masalah lampu di dalamnya berkelip-kelip dan tidak sejuk.

PCB

Pemeriksaan awal pada elemen pemanas serta 2 biji sensor masih elok. Seterusnya saya periksa papan litarnya dan mendapati sebiji kapasitor 1000uF, 16v rosak dan perlu di ganti.

Kapasitor 1000uF tetapi bacaan cuma 2nF sahaja...

Nilai kapasitor cuma tinggal 2nF sahaja apabila dikeluarkan dari papan litar dan diperiksa dengan menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Siap...

Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, lampu di dalamnya tidak berkelip-kelip lagi.

Bahagian bawah PCB...

Minibar ini telah berjaya diselamatkan dengan hanya menukar sebiji kapasitor sahaja dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Selamat mencuba...