Hari ini saya berpeluang membaiki sesuatu yang amat mudah diperiksa dan dibaiki iaitu lampu di dalam minibar berjenama JVD.
 |
Papan Litar lampu Minibar berjenama JVD |
Gambar di atas adalah papan litar serta lampu LED yang digunakan di dalam minibar tersebut.
 |
Perintang yang putus |
Komponen yang biasanya rosak ialah lampu LED & perintang 20K
Ω(1W) seperti yang boleh dilihat pada gambar di atas yang di bawah.
 |
Lampu LED yang rosak |
Peralatan yang anda perlu untuk memeriksa ialah multimeter sahaja. Tukar komponen yang rosak dan ianya masih boleh digunakan.
 |
Siap... |
3 biji LED tersebut disambung bersiri dan sekiranya salah sebiji rosak, kesemua lampu LED tidak akan menyala.
 |
Siap... |
Sebab utama lampu LED tersebut cepat rosak/hangus ialah kerana output pada papan litar menggunakan zener diod 12V. Secara amnya voltan maxima untuk sebiji LED ialah 3v dan sepatutnya zener diod 9v sudah memadai untuk kesemua 3 biji LED tersebut.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
Bro, boleh tolong repair I punye remote tv dengan aircond ke.mintak tolong. Email saya sapy_sandari@yahoo.com
ReplyDeleteSaya berada di Miri, Sarawak. Hantar 'remote control' kepada saya jika perlu khidmat membaiki. Terima kasih.
Delete