Wednesday 31 March 2021

SAMSUNG UA40H5008AR TV with blinking screen repair


Semalam saya dirujuk sebuah TV berjenama samsung, model: UA40H5008AR dengan masalah layar berkelip-kelip seperti boleh dilihat pada klip video di atas.

SAMSUNG UA40H5008AR

Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalam setelah penutup belakang dibuka. Hanya dua keping papan litar kelihatan iaitu 'mainboard' (sebelah kiri) dan PSU (sebelah kanan).

Setelah penutup belakang dibuka...

Saya mulakan pemeriksaan pada papan litar PSU (power supply unit) dan menemui sebiji kapasitor dengan nilai 47uF, 50v kelihatan kembung.

PSU - power supply unit...

Pemeriksaan menyeluruh dengan menggunakan multimeter tidak menemui komponen lain yang rosak selain sebiji kapasitor yang kembung .

kapasitor feedback kembung...

Ketika saya memeriksa kapasitor yang kembung tersebut menggunakan multimeter, bacaan yang saya dapat ialah 45.6uF seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan ianya masih elok serta boleh digunakan jika tidak kembung.


Kapasitor yang kembung harus diganti walaupun bacaan pada multimeter tidak jauh berbeza atau masih dalam julat nilai asal kapasitor.

Gantikan kapasitor baru...

TV ini telah berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan sebiji 'feedback capacitor' sahaja seperti di atas.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Tuesday 30 March 2021

MYTV channel 113 (TV6)

Baru-baru ini saya telah membuat 'auto update' pada dekoder digital MYTV dan mendapati ada channel baru yang dilabel sebagai TV6.

Saluran percubaan - TV6

Buat masa ini, channel 113 masih lagi dalam percubaan dan tercatat perkataan 'saluran percubaan' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sebelum dikemaskini...

Setakat hari ini, MYTV kini mempunyai 18 saluran TV dan ianya percuma untuk tontonan orang ramai seluruh negara.

Setelah dikemaskini - saluran 113 (TV6)

Selamat menonton...

Monday 29 March 2021

Surat Tamat Kuarantin (Relese Order)

Hari ini merupakan tarikh akhir saya dikuarantin berikutan disyaki kes suspek CoVid-19 pada 17/03/2021 yang lalui.

10:11hrs - Miri Indoor Stadium

Kedua-dua keputusan ujian calitan saya negatif dan anda boleh rujuk di sini dan sini. Saya kembali semula ke pusat saringan CoVid-19 untuk memotong gelang serta mengambil surat tamat kuarantin atau 'Release Order' (R.O.).

Gelang telah dipotong...

Saya disuruh membuat rakaman video menggunakan telefon bimbit ketika proses memotong gelang dan juga diminta supaya menyimpan video tersebut selama dua bulan mulai hari ini.

Surat Tamat Kuarantin...

Saya cuma diminta menunjukkan keputusan saringan calitan CoVid-19 dari KKM kepada mereka untuk mendapatkan surat tamat kuarantin seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Saya dibenarkan kembali bertugas semula esok.

Sunday 28 March 2021

Keputusan ujian RT-PCR CoVid-19 ke-2

Tengahari semalam, pada pukul 1:15pm saya sekali lagi menerima SMS dari KKM melalui 63839 memaklumkan keputusan ujian calitan ke-2 yang juga NEGATIF seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

27/03/21 @ 13:15hrs


Gambar berikut di bawah merupakan keputusan penuh dari pautan yang diberikan oleh KKM dan tarikh sah RT-PCR terbaru ialah pada 27/03/2021.

Negatif CoVid-19


Pada masa yang sama saya juga periksa pada aplikasi mysejahtera dan keputusannya juga telah dikemaskini seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

CoVid-19 negative...

Walaupun kedua-dua keputusan ujian calitan saya negatif, saya tetap harus menjalani kuarantin sehingaa 29/03/2021.

Kuarantin sehingga 29/03/2021

Gelang tangan akan dipotong dan surat tamat kuarantin (Release order) hanya boleh di ambil setelah tamat tempoh kuarantin pada 29/03/2021.


Dalam masa yang sama setelah berfikir panjang, pada pukul 3:30pm, saya bertekad memadamkan aplikasi mysejahtera dari telefon bimbit saya atas sebab ia adalah punca saya dikuarantin.

Selama ini saya tidak pernah menggunakan aplikasi mysejahtera dan membuat pendaftaran secara manual ke mana sahaja tempat yang saya lawati. Saya memuat turun aplikasi mysejahtera pada 22/02/2021 tahun ini atas sebab ingin mendaftar sebagai penerima vaksin yang dilancarkan pada 24/02/2021. Pendaftaran saya untuk menerima vakisin telah dibuat serta diterima seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Uninstall mysejahtera...

Saya juga yakin pihak KKM akan menghantar sms kepada saya jika saya terpilih untuk menerima vaksin. Sesungguhnya kehidupan lebih aman tanpa aplikasi mysejahtera. Kehidupan saya dengan aplikasi mysejahtera amat mengerikan selama sebulan yang lalu.

Kita jaga kita...

Saturday 27 March 2021

Nasi atuk KFC - nasi lemak

Sejak saya dikuarantin berikutan disyaki kes suspek CoVid-19 pada 17/3/2021, saya masak dan makan apa sahaja yang ada di rumah.

Nasi Atuk KFC - nasi lemak

Nasi atuk KFC telah lama diperkenalkan oleh KFC namun tidak berpeluang untuk menikmatinya disebabkan PKP sejak tahun lepas. Pada 23/3/2021 lepas saya menempah dua set nasi atuk KFC dengan harga RM16.99 setiap satu.

RM16.99

Ianya mempunyai dua pilihan iaitu jika memilih seketul ayam sahaja, harganya ialah RM13++ dan RM16.99 jika memilih dua ketul ayam. Isi kandungan yang saya beli ialah:-

  1. Sebungkus nasi lemak
  2. 2 ketul ayam
  3. 2 jenis sambal
  4. segelas minuman ringan
  5. beberapa biji kacang
  6. 2 keping timun
  7. sedikit telur goreng hancur
Nasi lemak dibungkus berasingan...

Komen saya ialah, rasanya serupa dengan nasi lemak yang dijual di tepi jalan namun nasi lemak tidak lengkap tanpa ikan masin. Jika membeli nasi lemak di tepi jalan dengan harga RM16.99, sekeluarga boleh menikmatinya.

Setelah semua telah dihidang...

Selamat menjamu selera...

Friday 26 March 2021

DEKA 5 blades ceiling fan repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki PCB kipas angin berjenana DEKA dengan masalah tidak berpusing dan buzzer berbunyi 'tit tit tit' memanjang.

Pemilik telah buka dan hanya merujuk papan litarnya sahaja kepada saya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Biasanya jika kipas tidak berpusing, masalahnya ialah pada 'running/start capacitor', namun setelah diperiksa kapasitor 1uF, 450v masih elok.

Tidak banyak komponen yang ada pada papan litar tersebut dan pemeriksaan menyeluruh menemui sebiji kapasitor 470uF, 25v rosak dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di atas.

Kipas siling tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan setelah siap dibaiki serta diuji oleh pemilik.

Selamat mencuba...

Thursday 25 March 2021

2nd CoVid-19 swab test

Hari ini merupakan temujanji saya untuk mengambil sampel calitan CoVid-19 yang ke-2. Sampel calitan pertama telah diambil pada 17/3/2021 dan anda boleh rujuk di sini.

Waktu operasi bermula jam 9 pagi dan saya tiba awal dengan harapan agar 'selesai cepat dan boleh balik awal'.

Harapan saya meleset setibanya di pusat persampelan apabila telah ramai yang duduk menunggu seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Gambar diambil dari kedudukan tempat duduk saya ketika itu.

Saya hanya dibenarkan masuk setelah sejam menunggu giliran di luar dewan dan imbasan mysejahtera kali ini berwarna hijau (low risk) seperti boleh dilihat gambar di atas.

Proses menunggu serta pengambilan sampel calitan ke-2 lebih mudah dan mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja.


Saya juga diberi surat perintah kuarantin yang baharu dan perbezaannya dengan surat yang pertama dahulu ialah perkataan 'renew' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setibanya di rumah, perkara pertama yang saya lakukan ialah mandi serta rendam kesemua pakaian yang saya pakai.

Saya dapati tiada penjarakan sosial ketika menunggu di luar serta di dalam dewan. Saya pasti jarak di antara kerusi menunggu adalah kurang dari satu meter.

Selain daripada itu, ketika menunggu, kami kerap bertukar tempat duduk dari satu kerusi ke kerusi yang seterusnya sehingga dipanggil untuk masuk dewan serta sebelum dipanggil untuk mengambil sampel calitan.

Saya juga berpendapat peluang dijangkiti amat tinggi sekiranya ada yang positif di hadapan kita.

Nasihat saya ialah jangan pergi terlalu awal ke pusat saringan untuk mengelak kesesakan seperti yang saya lalui di atas.

Semoga keputusan calitan ke-2 saya juga negatif dan tidak dijangkiti melalui proses yang tiada penjarakkan sosial pada pagi ini.



Wednesday 24 March 2021

ETATRON DLXB-MA/AD analog manual dosing pump repair

Sehari sebelum saya menjalani kuarantin kes suspek CoVid-19, saya dirujuk 2 buah 'analog manual dosing pump' berjenama ETATRON, Model: DLXB-MA/AD dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Jenama: ETATRON

Menurut pemilik, kedua-dua pam tersebut rosak pada masa yang sama iaitu setelah mengalami beberapa kali bekalan elektrik terputus yang berulang dalam masa yang singkat.

Model: DLXB-MA/AD

Setelah dibuka dan diperiksa, komponen pertama yang saya temui rosak ialah fiusnya dengan nilai 1A dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Komponen rosak...

Seperti biasa, jika fius putus kita haruslah mencari punca menyebabkan fius utamanya putus dan pemeriksaan menyeluruh menemui sebiji varistor berlabel S14K275 mengalami litar pintas.

Fius 1A

Saya mengalami masalah alat ganti untuk varistor S14K275 dan digantikan dengan 14D430. Walaupun nombor rujukannya berbeza namun kemampuannya sama iaitu bersaiz 14mm dan voltan maksima ialah 275vac.

Varistor S14K275

Kedua-dua 'analog manual dosing pump' di atas mengalami masalah yang sama dengan kerosakkan komponen yang sama iaitu:-

  1. Fius utama 1A putus
  2. Litar pintas pada varistor S14K275
Siap...

Setelah komponen yang rosak diganti serta diuji, kedua-dua 'analog manual dosing pump' di atas berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Testing... (lampu hijau menyala)

Fungsi varistor ialah sebagai keselamatan dan jika bekalan elektrik melebihi had kemampuannya ia akan mengalami litar pintas dan seterusnya menyebabkan fius putus.

Varistor rosak - litar pintas

Biasanya varistor akan meletup jika rosak namun ini merupakan kali pertama saya terjumpa varistor rosak yang masih kelihatan elok.

Selamat mencuba...

Tuesday 23 March 2021

MIUI 12.0.6 update (for POCO)

Beberapa hari yang lalu pada 18/3/2021 saya ada menerima notifikasi untuk mengemaskini MIUI telefon bimbit xiaomi POCO M3 yang baru dibeli pada bulan februari lepas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Updates are available V12.0.6.0.QJFMIXM

Ketika dibeli, versi MIUI ialah 12.0.4 dan dari masa ke semasa saya ada memeriksa untuk versi baru namun tiada termasuk versi 12.0.5.

Before update - V12.0.4

Versi terbaru tersebut ialah MIUI V12.0.6.0.QJFMIXM seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dengan saiz fail 661Mb.

661Mb

Pastikan data untuk telefon bimbit anda cukup untuk memuat turun fail kemaskini tersebut atau anda boleh tunggu sehingga ada wi-fi percuma untuk mengelak sebarang komplikasi.

Downloading...

Keseluruhan proses memuat turun mengambil masa kira-kira sejam dan apa yang perlu kita lakukan selepas itu ialah ikut arahan sehingga kesemua proses selesai.

estimate download time - 1 hour

Pastikan juga telefon anda mempunyai cas bateri yang mencukupi sebab sekiranya terpadam dipertengahan proses mengemaskini, telefon anda kemungkinan besar tidak dapat dihidupkan semula.

Update are ready to install...

Ketika proses muat turun selesai dan proses mengemaskini bermula, telefon anda akan padam sendiri pada penghujung proses selama kira-kira 15 minit dan akan menyala semula dengan sendiri setelah selesai.

Paparan skrin telefon adalah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah ketika proses mengemaskini berlangsung.


Pastikan anda tidak dengan sengaja atau tidak sengaja untuk cuba memadamkan telefon bimbit anda ketika proses mengemaskini berlangsung.

Updated MIUI successfully...
 
Anda juga akan dikehendaki melengkapkan proses 'setup' (jika ada) seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Done - V12.0.6

Selamat mengemaskini versi terbaru MIUI untuk Xiaomi model POCO.