Wednesday 3 March 2021

N-368 2 channel car audio amplifier repair

Amplifier ini dirujuk oleh pemilik yang sama dengan sebuah lagi amplifier yang pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

N-368 2 channel car audio amplifier

Kedua-dua amplifier telah dibuka dan cuma papan litar sahaja yang dirujuk kepada saya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Bahagian bawah papan litar...

Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah boleh dihidupkan dan tiada 'protection mode' namun 'tidak keluar suara'. Beliau juga memberitahu saya salah sebiji komponen telah rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Jika anda adalah jurutenik (technician), apa yang ada di dalam fikiran anda setelah melihat keadaan pateri pada bahagian yang telah saya tandakan pada gambar di bawah? Jauh sekali untuk menguji amplifier tersebut bagi mengetahui status yang diberitahu pemilik iaitu boleh dihidupkan sebab ianya pasti ada litar pintas (shorted) di situ.

Sebelum di baiki...

Saya pada mulanya tidak berminat membaiki benda yang telah dibuka, apa lagi setelah melihat keadaan seperti telah saya tandakan pada gambar di atas. Oleh kerana dia menghantar dua keping papan litar, maka saya dengan berat hati menjawab, 'saya akan cuba'.

Untuk makluman semua, ketika saya cuba membuang pateri yang seperti 'tahi ayam' itu, saya terpaksa menggunakan alat pateri 60w untuk meleburkannya dan setelah dibuka serta diperiksa, diod berlabel FMU22U tersebut masih elok.

Selepas di baiki...

Percubaan pertama saya ialah membuang pateri yang seperti 'tahi ayam', bersihkan serta baiki litar yang telah putus dan gambar di atas merupakan keadaan setelah siap saya baiki.

Apa yang menghairankan saya ialah tiada komponen yang rosak ditemui ketika membuat pemeriksaan menyeluruh pada papan litar.

Testing...

Percaya atau tidak, amplifier tersebut boleh berfungsi dengan hanya melakukan kerja-kerja di atas sahaja ketika saya uji seperti boleh ditonton pada klip video di bawah. Maksudnya amplifier tersebut tidak rosak sebelum pemilik cuba membaikinya dengan membuka diod FMU22U di atas.

Carian di atas talian dengan menggunakan nombor rujukan pada papan litar mendapati model amplifier di atas ialah N-368, 2200w.

Pencarian di atas talian mendapati jenama amplifier tersebut ialah VSA dan ianya ialah amplifier mono block kelas D, 1500w.

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Pencarian di atas talian mendapati jenama amplifier tersebut ialah VSA dan ianya ialah amplifier mono block kelas D, 1500w.

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Pencarian di atas talian mendapati jenama amplifier tersebut ialah VSA dan ianya ialah amplifier mono block kelas D, 1500w.

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
 
Nombor tujukan pada papan litar...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.