Sunday 7 March 2021

Electric lunch box repair

Beberapa hari yang lalu saya dirujuk sebuah 'electric lunch box' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk dibaiki.

Electric lunch box...

Sekali pandang, kelihatan hanya sebuah bekas menyimpan makanan namun ianya telah dilengkapi dengan elemen pemanas dan menggunakan bekalan arus elektrik 12v untuk memanaskan bekalan makanan.

12v, 40w...

'Electric lunch box' ini dibekalkan dengan kabel serta adapter 12vdc. Kabelnya juga boleh disambung terus ke soket pencucuh rokok untuk mendapatkan bekalan elektrik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Boleh sambung soket pencucuh rokok dalam kereta...

Pemilik hanya memberitahu saya ianya tidak berfungsi sahaja dan sebelum dibuka untuk diperiksa, saya periksa dahulu element pemanasnya. Bacaan rintangan ialah 16.8Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan ianya masih elok.

Rintangan elemen pemanas - 16.8Ω

Oleh kerana tiada kerosakkan ditemui menggunakan multimeter, saya sambung 'electric lunch box' tersebut kepada bekalan elektrik dan ianya boleh panas. Suhu yang saya dapat ialah 42.6 darjah celcius seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Seterusnya saya buka elemen pemanas di bawahnya dan mendapati bahawa ianya juga disambungkan sebiji mentol/lampu selari dengan elemen pemanas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah kepingan elemen pemanas dibuka...

Akhirnya saya menemui kerosakkannya iaitu sebiji lampu/mentol yang putus/hangus serta berwarna hitam. Masalah yang saya hadapi pula ialah nilai voltan mentol tersebut.

mentol hangus/putus...

Memandangkan voltan yang tertera pada label di atas menyatakan 'rated voltage' pada 12v, maka saya gantikan dengan sebiji mentol 12vdc.

Gantikan mentol baru...

Pada mulanya saya terfikir menggunakan lampu LED sebagai ganti dengan bantuan sebiji perintang 1kΩ untuk mengurangkan voltan dari 12v ke kira-kira 3vdc namun terpaksa dilupakan atas sebab keberangkalian lampu LED menyala cuma 50%.

Testing...

Sebabnya ialah jika lampu LED disambung terbalik ianya tidak akan menyala. Punca sambungan terbalik akan berlaku ialah pada soket penyambung seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Soket penyambung ke 'electric lunch box'...

Cara untuk mengelak 50% lampu LED tidak menyala boleh diselesaikan dengan menyambungkan dua biji lampu LED secara bertentangan dan selari.

Adaptor 12vdc...

Keputusan akhir saya ialah gantikan dengan mentol filamen 12vdc sahaja supaya kelihatan seperti asal sebab warna lampu LED dan mentol pasti tidak sama. Mentol tersebut saya dapat dari kedai motosikal dan ianya digunakan pada lampu meter motosikal.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.