Friday, 26 March 2021

DEKA 5 blades ceiling fan repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki PCB kipas angin berjenana DEKA dengan masalah tidak berpusing dan buzzer berbunyi 'tit tit tit' memanjang.

Pemilik telah buka dan hanya merujuk papan litarnya sahaja kepada saya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Biasanya jika kipas tidak berpusing, masalahnya ialah pada 'running/start capacitor', namun setelah diperiksa kapasitor 1uF, 450v masih elok.

Tidak banyak komponen yang ada pada papan litar tersebut dan pemeriksaan menyeluruh menemui sebiji kapasitor 470uF, 25v rosak dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di atas.

Kipas siling tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan setelah siap dibaiki serta diuji oleh pemilik.

Selamat mencuba...

6 comments:

  1. Saya mengalami masalah yg sama. Mcm mana nak repair eh?

    ReplyDelete
  2. Kalau euro.uno tak boleh pusing biasa mana yang rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum pernah dirujuk lagi kipas jenama euro uno. Buka dan periksa...

      Delete
  3. Kipas Deka saya akan berpusing dan tiba tiba akan menjadi semakin perlahan sehingga ianya berhenti berpusing. Selepas itu, ia akan mula berpusing jikalau ditolak. Bagaimana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka & periksa, saya tak dapat bagi jawapan tanpa membuat peneriksaan.

      Delete
  4. Kipas syiling rumah jenis deka DK4 tiba-tiba tidak berpusing. Apabila tekan remote b'bunyi tapi tetap kipas tidak berpusing. Kipas baru pasang 2 bulan

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.