Sunday 14 March 2021

Xiaomi Poco M3 internet hotspot not working issue

Telefon Xiaomi Poco M3 telah saya beli lebih sebulan yang lalu dan hanya satu masalah sahaja yang sering berlaku iaitu 'portable hotspot' kadang-kadang tidak boleh digunakan.

Limited or connectivity...

Antara masalah yang sering saya hadapi ialah:-

  1. Limited or no connectivity (gambar di atas)
  2. Authentication problem (gambar di bawah)
  3. poor signal (2/3 bar sahaja)
  4. Avoided poor internet connection
Authentication problem...

Setelah saya cari dan baca di atas talian, majoriti menasihat pengguna supaya membuat 'reset' pada 'setting' iaitu:-

  1. masuk 'setting'
  2. dalam 'setting' pilih 'apps'
  3. dalam 'apps' pilih 'manage apps'
  4. dalam 'manage apps' pilih 'reset app preferences'

Setelah 'reset' di atas selesai, anda perlu padamkan telefon dan hidupkan semua telefon supaya 'portable hotspot' boleh berfungsi semula. 

networks reset

Ada yang menasihatkan supaya membuat 'networks reset' seperti berikut:-

  1. masuk 'setting'
  2. dalam 'setting' pilih 'connection & sharing'
  3. dalam 'connection & sharing' pilih 'Reset Wi-Fi, mobile, networks and bluetooth'
Signal 2 bar sahaja?

Saya telah lakukan kedua-dua 'reset' seperti di atas dan masalah masih tetap sama. 

Avoided poor internet connection...

Setelah hampir sebulan mencari punca masalahnya, akhirnya saya telah berjaya menemuinya dan cara penyelesaiannya ialah ikut langkah-langkah pada gambar-gambar berikut untuk padamkan 'game turbo'

1. dalam setting pilih 'special features'...

2. Dalam 'special features' pilih 'game turbo'...

3. padamkan 'game turbo'...

Siap, 'game turbo' - tutup/padam

Setelah fungsi 'game turbo' telah saya padamkan seperti di atas, masalah 'portable hotspot' yang saya alami kira-kira sebulan lebih kini selesai.


Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.