Sunday 21 March 2021

PHILIPS 42PFL3605S/98 LED TV repair


TV ini telah dirujuk kepada saya ketika sekembalinya saya dari menjalani ujian calitan CoVid-19 pada 17/3/2021.

Jenama: PHILIPS

Pemilik terpaksa meninggalkan TV ini di luar pagar rumah dan setelah beredar, barulah saya keluar mengambilnya dan ditinggalkan sebab sibuk dengan kerja-kerja imbasan gelang tangan pada mysejahtera.

Model: 42PFL3605S/98

Hari berikutnya barulah saya membuat pemeriksaan. TV ini berjenama PHILIPS, model: 42PFL3605S/98 dan saya diberitahu oleh pemilik kali terakhir TV dihidupkan, ianya mengeluarkan asap.

Setelah penutup belakang dibuka...

Komponen pertama yang saya periksa ialah fius utama dengan nilai 3.15A pada PSU dan ianya putus. Pandangan mata kasar juga mendapati 2 biji kapasitor dengan nilai 68uF, 450v telah kembung serta bocor dan harus diganti.

PSU - power supply unit

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar mendapati litar pintas pada sebiji mosfet berlabel K8A500 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Kemampuan mosfet tersebut ialah 8A, 500v & avalanche current 8A.

Mosfet - K8A500

Memandangkan saya dikuarantin serta tidak dapat keluar untuk membeli alat ganti, saya terpaksa menggunakan alat ganti yang ada pada saya.

Komponen rosak telah diganti...

Tiada masalah untuk bekalan fius utama 3.15A namun saya terpaksa menggantikan 2 biji kapasitor 68uF, 450v yang disambung bersiri dengan sebiji kapasitor 120uF, 450v sahaja.

Kapasitor utama 68uF, 450v kembung & rosak...

Gambar di bawah merupakan kedudukan kapasitor utama pada bahagian bawah papan litar. Jelas kedua-duanya disambung selari dan sebiji 120uF boleh digunakan untuk menggantikan dua biji 68uF.

2 biji kapasitor utama disambung selari..

Pada mulanya saya gantikan mosfet dengan 60R360P namun tidak berjaya dan berakhir dengan litar pintas semula. Fius utama juga putus. Kemampuan mosfet 60R360P ialah 11A, 650v.

Testing...

Seterusnya saya gantikan pula mosfet dengan 11N60 serta fius utama yang baru dan ianya telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula. Kemampuan mosfet 11N60 ialah 11A, 600v & avalanche current 11A.

Komponen yang rosak...

Pada mulanya saya juga berhajat menggantikan mosfet dengan 11N65 namun terpaksa bertukar fikiran atas sebab avalance current cuma 5.5A sahaja.

Penggunaan mosfet selain daripada mosfet asal adalah kaedah cuba jaya (trial and error) dan tidak semua akan berakhir dengan kejayaan seperti di atas. Saya tidak pasti kenapa 60R360P gagal sedangkan ianya mampu menampung sehingga 11A menurut 'datasheet'.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.