Friday 12 March 2021

ZF120A-1200500 AC/DC adapter repair

Semalam saya dirujuk sebiji adapter buatan China yang tidak berjenama, model ZF120A-1200500 bersama sebuah HDMI spliter dengan masalah tidak berfungsi.

Adapter + spliter...

Saya periksa adapter dahulu dan apabila dibekalkan arus elektrik, ianya tiada voltan output iaitu 12v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Model: ZF120A-1200500

Adapter buatan China kadang-kadang tidak mampu dibaiki sebab komponen yang digunakan tidak berlabel atau tiada alat gantinya di pasaran.

Setelah dibuka...

Adapter ini menggunakan sebiji 'power IC' berlabel CRE6208 1516 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Saya ada cuba mencari di atas talian dan langsung tidak menemui alat gantinya.


Nasib agak baik sebab setelah diperiksa menyeluruh, hanya sebiji 'schottky diode' mengalami litar pintas dan rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar pintas pada diod SR2100...

'Schottky diode' tersebut berlabel SR2100 dengan nilai 2A, 100v. Anda boleh rujuk datasheet untuk 'schottky diode' tersebut di sini.

Diod baru vs lama...

Gambar di bawah saya ambil ketika memeriksa 'schottky diode' yang rosak dengan menggunakan multimeter dan ianya mengalami litar pintas.

Diod lama - litar pintas...

Diod yang elok hanya membenarkan pengaliran arus elektrik sehala sahaja ketika diperiksa menggunakan multimeter.

Diod baru...

Adapter tersebut berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan dengan hanya menukarkan sebiji 'schottly diode' sahaja.

Siap...

Saya tidak menguji adapter tersebut pada spliter yang dihantar bersama sebab label pada HDMI spliter tersebut cuma 5v sahaja.

Tested - 12.35vdc

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.